? ??????????????Digital Distortion? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??46 Grabs Today. 2497 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 3.9 (10 Ratings)??44 Grabs Today. 16934 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Cry BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
"jika ku diberikan lagi kelewatan waktu biarlah naiwaitu di jendela diri menyambut lembut pengalaman merimbun embun tak ku menjadi sisa masa lalu, jika ku diberikan peribadi biarlah lorong diri dijaga cahaya akar yang membersih mensaujana sinar…"
SiaPaLAh aKu UnTUk BeRsUaRa mAkA AkU mEnUliS....
Kekadang aku hairan dengan diri sendiri...Tika diri mengatakan dosaku menggunung, tapi tetap angkuh untuk bertaubat. Tika diri mengatakan aku akan bertaubat tetap berulang lakukan dosa.tika diriku katakn islam itu matlamat, tapi tetap longlai tak bersemangat. Adakah aku layak menjadi pejuang agama-Mu?Adakah aku layak mendamba syurga-Mu? YA ALLAH...Pimpinlah aku agar aku selalu di jalan-MU...AMIN....
Dalam keserabutan minda, aku mengungkap tanda persoalan. Melerai angin arah tentangan. Tersusun indah tercipta rentak. Akhirnya lukisan bercorak indah ku gengam…

Damba cinta-Mu

Saat harapan ku lontarkan, diri pula menjadi sesal.
Takkala cinta mereka ungkapkan aku luahkan rahsia terpendam.
Mengharap penghayatan darimu, namun penyesalan aku terima
Tiada balasan kejujuran yang ada hanya alasan ukiran.
Harapan pasti tinggal harapan.
Takkala langkahku tersilap rentak
Aku mahu beralih arah di saat itu
Takkala aku belum dimilikki dan cinta masih tak bertahta
Takkala suara masih belum bergema kerana kepalsuan terukir lagi…
Seribu nada aku genggam, dinihari mengunggkap seribu kepalsuan
Aku malu dalam pilu, saat cinta aku miliki namun belum pasti kehadirannya
Aku memohon agar cinta ini berkekalan
Kerana hamba-Mu ini sering mendamba cinta dirimu ILLAHI…
Masihkan ada tempat, untuk diri mengisi kekosongan yang bergelora
Dalam perang dihati, konflik di jiwa ini…
Kau pimpinlah diriku bukan lagi hanya di hujung jari.

itulah kasih yang ku damba

itulah kasih yang ku damba

belaian ibu

Terjana naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Wahai ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur pergorbanan tak ku nafikan.
Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari memdakapimu penuh girang
Pasir putih kehilangan.
Kau insan penyayang, betapa ku merinduimu ibu membuat ku terlena
Ku pastikan dikau aman di dunia sejahtera tak ku lupakan.
Di wajah mu berolah tenang
Sebak di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu, hanya kau satu di dunia bertahta di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih tak dapat ku membalas hadirnya restumu ibu membawa ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu…

warkah buat ayah

Telah berdiri seorang lelaki hidup berkekal kecengkalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kemenangan.
Berkiun sudah kau merintis jalan, bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati……


wahai anak perantau

Perantau ,
sanggup kau berjuang
Tabahkanlah hatimu… berjuanglah di rantau orang
Sedih dan pilu di hati hanya kau yang tahu

Ingatan ayah dan ibu janganlah sampai menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangamu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang membela nasib diri, keluarga dan saudara
Terus membela menuntut ilmu dan janji, pasti islam kan gemilang lagi
Tapi perantau kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang kerana itulah syarat dalam berjuang.
Wahai perantau yang sedang berjuang
Di mana pun pasti ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal akan tuhan nya
Pasti kasih sayang menunggu di hujungnya.

Tuesday, January 1, 2013

~KejaDiAn WaNiTA~


 

Aku suka membicarakan mengenai wanita, kerana wanita itu sangat unit dari segi kejadiannya, hinggalah saat kematiannya. Allah meletakkan wanita di tempat yang mulia.

Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata:

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”

WANITA DIJADIKAN DARI TULANG RUSUK LELAKI???

Di dalam Al-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan

“Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah.”

fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.

Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata,

“Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,”

dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya justeru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

Namun jelas di sini hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam. Adam di ciptakan dari tanah dan kejadian manusia yang lain adalah daripada hasil pertemuan benih lelaki dan wanita.

 

KISAH ADAM DAN HAWA

Adam tinggal di syurga. Syurga yang penuh dengan kemudahan dan kenikmatan. Walaupun begitu, Adam hanya seorang diri. Tiada kawan-kawan. Tiada isteri. Adam merasa kesunyian. Sebenarnya Allah bukan sahaja menganugerahkan ruh dan ilmu pengetahuan kepada Adam yang baru diciptanya. Bahkan Allah juga membekalkan keinginan tertentu pada Adam yang dinamakan fitrah atau naluri. Fitrah mahu makan, minum, berkerja, berbual, tidur, seks dan lain-lain sama seperti yang kita rasa hari ini. Allah sudah mengetahui sejak azali saat dan ketika mana Adam memerlukan seseorang sebagai teman.

 

Suatu hari, Adam tidur. Setelah sedar, Adam melihat seseorang duduk di sebelah dekat kepalanya. Adam bertanya,’

“Siapakah Engkau??”

 “seorang perempuan”

Adam terus bertanya, “kenapa engkau di ciptakan?”

“agar kamu merasa tenang denganku”

Malaikat bertanya adam, “siapakah namanya?”

Adam memberitahu “ Hawa”

Mereka ingin tahu lagi: “ kenapa namanya Hawa?”

Adam menerangkan “ kerana ia di ciptakan dari sesuatu yang hidup”.

Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam. Itulah yang dimaksudkan Adam bahawa Hawa dicipta dari sesuatu yang hidup. Sesuatu yang hidup itu ialah diri Adam sendiri. Sedangkan asal Adam ialah tanah kering yang mati

 

Seterusnya, Adam dinikahi dengan Hawa oleh Allah….

 

Seorang LELAKI yg bakal menjadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA dan SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari segi :

1. Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai
untuk mendidik anak-anak.

2. Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.

3. Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungan daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.

4. Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu

5. Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur

6. Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkaN Kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebiH Subur.

7. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuH Dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.

8. Wanita mempunyai sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian.

9. Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa
kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.

 

WANITA vs LELAKI

 

1.      LELAKI suka control, suka mengawal sejak dari kecik lagi. sebab tu kanak-kanak lelaki suka main kereta control, lori, dan macam2 permainan yang mereka boleh control sendiri. sebab itu memang sifat azali mereka.. vs PEREMPUAN pulak suka dipuji, dibelai

2.      LELAKI mereka gemar dan sangat enjoy bila buat kerja tanpa dipaksa. kalau lelaki buat kerja, dia akan fokus dan mereka cuma akan ingat isteri hanya bila mereka berada di rumah! vs PEREMPUAN suka fikir Banyak benda dalam satu-satu masa. fikir pasal suami, nak suami jadi baik, nak suami hensem, fikir tarikh2 penting. perempuan ni, cintanya cuma 1 (SATU). Tak macam lelaki , Gatal!!! huhu

3.      LELAKI gemar "cuba" menyelesaikan masalah, walaupun ada masanya tak selesai pun. sebab? mereka akan rasa bangga dan lega kalau dapat mencabar diri sendiri. dan hormon lelaki akan meningkat. hormon testosterone. hormon yang bagus untuk kesihatan dan kesuburan leleki! vs PEREMPUAN pulak, suka SHARE masalah, tapi tak suka orang yang cuba nak SELESAIKAN masalah mereka. kalau balik kerja, si isteri mengomel, membebel, bercerita semuanya pada suami, dengar sahaja. sebab dia cuma nak bercerita, meluahkan sahaja. bukan nak anda selesaikan!

4.      bayi lelaki sejak dari lahir suka tengok environment sekitar, suka lihat mesin atau mainan. vs bayi perempuan sejak lahir lagi suka lihat wajah orang yang datang melawatnya, mudah senyum bila diagah. sebab tu perempuan lebih cenderung pada sesuatu yang lebih kepada emosi.

 
Huhu.. suka suki jew.. sebab saya wanita, so.. suke laa crite panjang lebar bab wanita.. kat ums dulu terkenal dengan feminism nye.. maklumlaa, ladies first.. huhu.. daa~

Sunday, December 30, 2012

~sAAt aKu Kau PiLih~ (MAHAR UNTUKKU)

Ya Allah Jika telah Engkau catat dan takdirkan dia tercipta untukku,Satukanlah kami dengan ikatan suci dan diredhai...... titipkanlah kami kebahagiaan agar kemesraan itu abadi.....
Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihi,
seiringkanlah kami dalam melayari kehidupan ini ketepian yang sejahtera dan abadi... Maka Kau jodohkanlah kami....
Tetapi Ya Allah,
seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti, berikalah kepadaku kekuatan untuk menolak bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang merah agat aku sentiasa tenang walau tanpa bersamanya...
Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu, dan kurniakanlah aku pengganti yang jauh lebih baik darinya.. sesungguhnya, apa yang telah Engkau takdirkan adalah yan terbaik untukku. sesungguhnya Engkau maha mengetahui... Amin Ya Robbal Alaminnn.....



Satukanlah kami dengan ikatan yang suci


~pemberian mas kahwin adalah lambang pada akad nikah yang nilainya bukan terletak pada besar atau kecil tetapi di dalamnya terjunjung erat perasaan Si suami yang berkeinginan untuk memuliakan teman barunya itu.... sebaik-baik mas kahwin adalah rendah nilainya, supaya tidak menjadi kemudaratan dan bebanan bai pihak lelaki menyediakannya, Namun tidak pula terlalu rendah sehingga menjatuhkan martabat wanita.~



"Berikanlahmas kahwin kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberiaan yang wajib. kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah(ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang enak lagi baik akibatnya".             (An-Nisa:4)


..................DI mana letaknya kepentingan Mas kahwin itu dalam hubungan yang terjalin antara kedua-dua pasangan yang hendak melayari rumah tangga???.............................


pemberian mahar sebenarnya memberi implikasi yang sangat halus lagi indah dalam menabur dan menyubur benih cinta antara pasangan yang akan memulakan hidup baru. ianya juga haruslah sesuai dengan kemampuan yang memberi kerana syariat tidak menentukan atau menghadkan pemberian mas kahwin itu sama ada sedikit atau banyak. oleh hal yang demikian, berilah mas kahwin seiklas hatimu dan bagi wanita terimalah pemberiannya juga dengan ikhlas.


..MAHAR UNTUKKU....


Inilah maharku untukmu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus ku serahkan
Kepada dirimu satu yang ku pilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu


....SEMOGA ALLAH MEMBERKATI....

Saturday, November 24, 2012

~AkU dAn Dia~


Hampir  6 bulan sy kehilangan orang yang sy sayang .. (maksud kehilangan kat sini, die dh xmcm dulu) tak tahu laa sebab apa die pergi.  Tapi sy agak-agak mesti disebabkan 3 perkara nie

1)      Die rimas, bosan, menyampah dengan sikap aku yang membosankan.

2)      Die dah jumpe penganti yang lebih baik dari aku

3)       Atau, die sekarang dah Berjaya dengan cita-citanya sedangkan aku masih sambung belajar.. (mungkin nanti akan menyusahkan/ membebankan hidupnya)…

Walau sy salah kew, tapi sy yakin dan percaya mungkin ini laa 3 sebab utama yang membuatkan die pergi tinggalkan sy..

Huh!! Sedih.. memanglaa sedih sangat . sebab dialaa lelaki yang sy percaya terakhir dalam kisah percintaan sy dan hubungan kami akan berakhir dengan pernikahan. Tapi hajat tak kesampaian.. tak pe laa. Dah tak de jodoh nak wat macam ne.. tapi  yang sy kesal sangat kenapa die berubah dengan begitu cepat sekali?? Mungkin selama nie die xserius pun dengan perhubungan kami nie.. sy sedar sy xde pape.. jauh sekali nak bandingkan sy dengannya.. tapi sy yakin dan percaya Allah maha adil dan lebih baik mengatur segalanya. sy percaya roda akan sentiasa berputar. Akan tiba masanya sy di atas kembali dan tiba masanya dia kembali bertapak di bawah.. sy yakin hukum karma akan berulang pada hubungan ini..

Pada dia yang pernah bertapak di hati, terima kasih atas segalanya.. sy tak kan jadi lemah disebabkan kamu. Malah akan semakin kuat untuk mencipta kejayaan.. memegang semua itu sebagai satu cabaran.  sy tak kan ungkit lagi semua pengorbanan dan pemberiaan sy padamu takkala semasa awk susah dahulu… mungkin ini peringatan terakhir… semasa awk mula-mula nak interview, mula-mula posting dan masa awk perlukan sy sebagai tempat meluahkan perasaan, mencurah pendapat,  dan kesedihan. sy pinjamkan telinga dan hati untuk  mu dengan penuh keikhlasan. sy berikan setulusnya, biarpun kadag-kadang kelihatan seprti marah kat awak, tapi sebenarnya itu tanda sayang dan cemburu sy kt awak…

 Dulu sy dilayan bak puteri, kini sy dilayan bak pengemis. Dulu sy tak pernah dengar kata-kata kasar darinya, malahan mesej pun sume yang baik2, tapi sekarang tak tahu kemana hilangnya suara lembutnya dan perangai romantiknya. Dulu, sibuk macam mana sekali pun masih ada masa untuk call dan reply mesej, sekarang sibuk sikit pun jadikan alasan. Dulu tak boleh tidur kalau tak dengar suara sy, sekarang law dengar suara sy tu yang tak boleh tidur.. sy rindukan dia yang dulu. Teringat kenangan kita berdua dulu.. sewaktu awk mula2 sy kenal, awk hanya pekerja biasa di kamdar, lepas tu jadi guru tuiesyen. awak selalu down waktu tu sebab mak n ayah awak selalu memandang rendah pada awak sebab xdapat posting lagi. Time tu sy selalu bagikan kata-kata semangat sehingga awk kuat kembali. tak lama kemudiaan awk dapat tawaran jadi guru ganti di sebuah sekolah. Time tu awk gembira sangat, sy pun tumpang gembira sebab awk gembira. Tapi awk tak suka sangat sekolah tu sebab murid2 die tak friendly. awk selalu mengadu kat sy. sy akan setia mendengar.. satu hari awk nak pergi camping u persatuan di sekolah. Pengakap laut.. awk bagi tahu sy. sy tak nak awk tertinggal barang masa tu, sy tolong list kan barang2 yang awk kena bawak,. sy kecian dengan awk masa tu.. awk sibuk sangat . awk cakap dengan sy, kat sane nanti xde line telefon. sy cakap tak pe. awk fokus je laa dengan kerja awk… tapi sampai je kat sana, mlm tu awk call sy, awk ckp sekarang nie kat pokok, sebab kat situ je line clear cikit.. awk tetap berusaha untuk call n cakap dengan sy.. huhu terharu sangat my hero.. pastu, sy dapat baucer buku rm200. Bila sy dapat jew baucer tu sy terus teringat awk.. sebenarnya setiap kali sy keluar shoping dengan kawan2 sy pasti teringat awk.. sy teringat untuk nak belikan sesuatu untuk awk supaya awk boleh ingat sy bila tengok benda tu, tapi sy tak cukup duit nak beli. Maklum laa sy kan masih student mana ada duit sangat. So, bila sy dapat jew baucer buku tu sy terus teringat kat awk sebab sy rasa awk lebih memerlukan buku2 untuk mengajar. So sy call kau suruh listkan  buku2 yang awk perlukan. sy akan belikan untuk awk.. malam tu awk pergi kedai buku dan listkan buku2 untuk sy belikan. Esok tu sy terus ke kajang untuk beli semua buku2 tu.. nasib tak baik, sy sengugut time tu.. tapi demi awk, sy gagahkan jua. Selesai beli dengan harga lebih kurang rm100. sy terus bungkus n post kan buku2 tu.. sy gembira sangat dapat buat semua tu untuk awk.. tak lama tu, awk di panggil temuduga.. alhamdulilah. sy gembira jugak sebab tu impian awk. awk berdoa siang malam untuk panggilan tu.. sy tak dapat hantar awk pergi temuduga tapi sy bekalkan awk rm??? untuk perjalanan awk ke sana.. sebenarnya sy ada buatkan kad istimewa untuk wish gud luck untuk awk, tapi xsempat nak pos… tak pe laa, tu xpenting y penting awak Berjaya ea… tak lama lepas tu, nama awak keluar untuk posting.. gembiranya awak.. tapi die dapat Sarawak!! Xpelaa, tu sume xpenting yang penting itu cita-cita awak.. macam biasa, sy xnak awk tertinggal barang, sy listkan barang2 yang awk kne bawak.. sy taw awk 1st time nak nek flight, so sy bgtw sume rule tentang nak nek flight.

Bermula di Sarawak, awak dah mula bzy dengan tugas2 awak.. awak pun dah mula jarang call n meseg saya.. tapi saya xkisah sebab saya tahu tu tugas awak, walaupun saya banyak merungut n curiga. Satu hari awak bagitahu awak tak cukup duit nak makan.. saya kecian kat awak, saya nak bantu tapi saya pun xde wet.. saya ada rm50 jew.. saya bg awak guna dulu sebab saya taw awak lebih memerlukan.. saya kat semenanjung, masih ada kawan2. Tapi awak kat sana semua orang2 baru yang awak belum kenal hati budinya..  kini, semakin lama awak semakin jauh dan terus tinggalkan saya.. mungkin sebab saya tak setaraf awak.  Tapi tiba-tiba saya teringat awak.. tak lama lagi 28 nov.. besday awak… teringat pulak masa besday awak taun lepas.. masa tu saya kat sabah.. saya konvo time tu.. saya xdapat sambut besday awak sama2.. tp saya tetap xlupakan awak. Mlm tu tepat pukul 12 mlm saya call awak, saya wish besday n nyanyikan lagu epi besday utk awak.. awak terharu sgt, awak ckp sebelum ni xde org y penah wat awak cmtu.. esok tu, sy g jln k.kinabalu.. sya belikan awak amplang.. awak ckp awak nk sangat amplang sebab awak penah mkn dulu masa mmbr awak belikan.. sy jumpe gelang mutiara, n terus terigat dekat org2 perempuan y awak syg (mak, n 2 org anak buah awak) sy belikan u mereka. sy belikan awak butang baju melayu mutiara, mesti hensem kan law awak pakai.. teringin sy nak tengok awak pakai. N y bes saya jumpe frame gambar love y cantik sangat.. sy beli n hadiah kan u awak sebagai hadiah bedsay.. sy tahu awak mesti mengharapkan hadiah dari saya kn… saya xnak wat awak tertunggu2 dengan tangan kosong saya. Disebabkan saya sayang kan awak, saya ada lakarkan surat khas utk awk. Sy nak awak baca luahan hati sy, n setiap kali awak tgk surat tu awak mesti akan igt sy..sy postkan semua hadiah tu kat awak. Awak ckp time kasih bab sebelum nie awak xpenah dapat hadiah. Saya gembira sangat… saya pun penah dapat hadiah dari awak, awak post kan baju n sweter kat saya. Awk belikan sy coklat sebab awk tahu sya suka coklat.. tq awak!! Suka sgt2… awak selalu ajak saya kuar jln2, kita penah jalan kat genting, times squre, b. bintang n mcm2 ag.. ari tu awak hantar sy smpai temerloh, awak ckp nk anta sampai jerantut tp sy xbg, sebab xnak myusahkan awak.. awak, raya ari tu sy tunggu awak dtg umah, mcm raya taun lepas, awak dtg jumpe family sy.. sy pakai baju warna hijau sebab dah janji dengan awak. Sy harap awak dtg dengan baju warne hijau tapi awk xdtg.. tp xpe laa mungkin awak bzy.. sy fhm.. huhu, dulu saya selalu merajuk dgn awak. Awak slalu pujuk.. sy slalu ngais2 xpercayakan awak.. sy bukan xpercaya tp sy takut kehilangan awak.. sy cembru, n nak kan perhatian dr awak.. awak tahu semua tu, bab tu awak layan jew kerenah sya.. tq.. sy syg awak huhu, y lawaknya curiga sy kat awak melampau2.. penah saya menyamar buka akaun fb baru u kacau awak.. sy menyamar jadi perempuan cantik, n penah juga sya guna num henset mak sya menyamar jd peminat awak.. huhu.. last2 ayah sy call awak gune num tu.. huhu kantoi laa kn…lawak betoi bile igtkn perangai sy nie.. mcm budak2  xcukup umor…sy wat semua tu sebab sy syg awk.. awak, sy rindu awak sangat.. terlalu bnyk kenangan kite berdua y sy xboleh lupa…sy nak wat awak gembira mcm dulu. ermm… tapi sekarang saya dah x mampu nak wt semua tu utk awak. Sebab sume tu dh xde makna bg awak. Awak dh senang sekarang… sy xde ape2.. setakat gelang, frame n berbagai lagi awak boleh dapat dengan mudah jew. Awak, thanx sgt2.. minggu lepas awk dtg ambik sy g jln2 kat kuantan.. awk belanja sy mkn n karaoke.. walaupun sekejap tp sgt bermakna.. xmungkin tu y terakhir buat kite... sy yakin….  mungkin sekarang awk takkan faham, tapi awk akan faham satu hari nanti.. selamat tinggal kekasih hatiku….semoga berjumpa lagi.....
 

Friday, April 27, 2012

DOA DAN TIPS UNTUK MELUPAKAN SESEORANG.

Surah ar R'ad Ayat 39.
(Sambil tangan pegang kepala atau dada (hati) , lepas baca buangkan jauh-jauh)


maksudnya :
 Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan ia jua menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu Segala Suratan".

dan cuba amalkan beberapa tips bagi melupakan seseorang :



(bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al- Haj)

1) buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dll. bukan x menghargai pemberiaannya tetapi x mahu lagi terkenang-kenangkannya.
2) kenang kejahatannya lebih dari kebaikkanya. bukan dia banyak buat kejahatan tetapi tak mahu nanti kebaikannya membatasi untuk kita melupakannya.
3) anggap dia dijadikan bukan untuk anda. dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
4) percaya pada jodoh, takdir dan hikmah disebalik perpisahan dan apa yang terjadi. pasti ada hikmahnya.
5) carilah pengganti. usah setia pada prinsip yang lapuk yang akan merugikan anda. hidup perlu diteruskan dan diuruskan dengan baik.
6)usah biarkan hati digayut rindu dan pilu
7) elakkan kerap bersendirian. keluarlah dan aktifkan diri.
8) anngap dia x pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
9) faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
10) mohon pada Allah supaya dia lenyap dari fikiran anda
* seterusnya bertawakal pada Allah. Insyaallah pasti ada kelegaan pada diri.

# dipetik dan diubah suai dari sebuah blog.. ^_^

Thursday, April 26, 2012

~sandiwara~

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau kata apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi menitis
Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
andaikan dulu ...
ku tak pernah mencintaimu
mungkin semua kan berbeza
takkan pernah terjadi kisah kita
andaikan dulu ...
kau tak pernah mencintaiku
mungkin semua kan berbeza
takkan pernah kurasakan duka
kubiarkan semua
yang telah terjadi biarlah ..
  kusedari semua
bahwa memang cintamu bukan untukku ...
Telah kuberikan cintaku
telah kuberikan sayangku
namun nyatanya kau
tak pernah menerima ...

jika kau renungkan
semua kisah tentang kita berdua
saat egomu menguasai seluruh fikiranku ini
jika kau bayangkan angkuhnya dirimu itu
saat kau merasa kau raja
diatas semuanya ... diatas semua cinta
dan cubalah kau memahami
 bukan hanya kau yang mencintaiku
tapi aku juga disini
merasakan hal yang sama pada dirimu
Mungkin nanti jika aku mati
sesalmu akan abadi
merasuki fikiranmu
atau kau bahagian dengannya.


~DoA pERpIsaHan~

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini
Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu

*kerna cintaku masih ada tandingan bagimu.... kini aku mengerti, aku tidak penting bagimu.. tiada keistimewaan dan tiada lagi yang harus ku harapkan!!!! terima kasih wahai yang teristimewa~

Wednesday, April 25, 2012

~MungKin Nanti-Peter Pan~

Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri