? ??????????????Digital Distortion? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??46 Grabs Today. 2497 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 3.9 (10 Ratings)??44 Grabs Today. 16934 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Cry BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
"jika ku diberikan lagi kelewatan waktu biarlah naiwaitu di jendela diri menyambut lembut pengalaman merimbun embun tak ku menjadi sisa masa lalu, jika ku diberikan peribadi biarlah lorong diri dijaga cahaya akar yang membersih mensaujana sinar…"
SiaPaLAh aKu UnTUk BeRsUaRa mAkA AkU mEnUliS....
Kekadang aku hairan dengan diri sendiri...Tika diri mengatakan dosaku menggunung, tapi tetap angkuh untuk bertaubat. Tika diri mengatakan aku akan bertaubat tetap berulang lakukan dosa.tika diriku katakn islam itu matlamat, tapi tetap longlai tak bersemangat. Adakah aku layak menjadi pejuang agama-Mu?Adakah aku layak mendamba syurga-Mu? YA ALLAH...Pimpinlah aku agar aku selalu di jalan-MU...AMIN....
Dalam keserabutan minda, aku mengungkap tanda persoalan. Melerai angin arah tentangan. Tersusun indah tercipta rentak. Akhirnya lukisan bercorak indah ku gengam…

Damba cinta-Mu

Saat harapan ku lontarkan, diri pula menjadi sesal.
Takkala cinta mereka ungkapkan aku luahkan rahsia terpendam.
Mengharap penghayatan darimu, namun penyesalan aku terima
Tiada balasan kejujuran yang ada hanya alasan ukiran.
Harapan pasti tinggal harapan.
Takkala langkahku tersilap rentak
Aku mahu beralih arah di saat itu
Takkala aku belum dimilikki dan cinta masih tak bertahta
Takkala suara masih belum bergema kerana kepalsuan terukir lagi…
Seribu nada aku genggam, dinihari mengunggkap seribu kepalsuan
Aku malu dalam pilu, saat cinta aku miliki namun belum pasti kehadirannya
Aku memohon agar cinta ini berkekalan
Kerana hamba-Mu ini sering mendamba cinta dirimu ILLAHI…
Masihkan ada tempat, untuk diri mengisi kekosongan yang bergelora
Dalam perang dihati, konflik di jiwa ini…
Kau pimpinlah diriku bukan lagi hanya di hujung jari.

itulah kasih yang ku damba

itulah kasih yang ku damba

belaian ibu

Terjana naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Wahai ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur pergorbanan tak ku nafikan.
Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari memdakapimu penuh girang
Pasir putih kehilangan.
Kau insan penyayang, betapa ku merinduimu ibu membuat ku terlena
Ku pastikan dikau aman di dunia sejahtera tak ku lupakan.
Di wajah mu berolah tenang
Sebak di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu, hanya kau satu di dunia bertahta di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih tak dapat ku membalas hadirnya restumu ibu membawa ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu…

warkah buat ayah

Telah berdiri seorang lelaki hidup berkekal kecengkalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kemenangan.
Berkiun sudah kau merintis jalan, bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati……


wahai anak perantau

Perantau ,
sanggup kau berjuang
Tabahkanlah hatimu… berjuanglah di rantau orang
Sedih dan pilu di hati hanya kau yang tahu

Ingatan ayah dan ibu janganlah sampai menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangamu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang membela nasib diri, keluarga dan saudara
Terus membela menuntut ilmu dan janji, pasti islam kan gemilang lagi
Tapi perantau kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang kerana itulah syarat dalam berjuang.
Wahai perantau yang sedang berjuang
Di mana pun pasti ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal akan tuhan nya
Pasti kasih sayang menunggu di hujungnya.

Wednesday, February 2, 2011

- cinta -

kadang kadang aku rasa ingin 'hilang' terus dari dunia ini. dalam masa yang sama tertanya tanya kenapa aku mahu 'hilang' . mungkin aku rasa sunyi, mungkin aku rasa tidak disayangi, tapi aku punyai keluarga dan kawan kawan dan mungkin juga orang yang mencintai aku tanpa aku sedar atau buat buat tidak sedar.




aku memang tidak pandai menyayangi dan pelik juga pada aku, aku rasa aku tak pandai menyayangi diri sendiri. walaupun kata orang pelik tapi aku sendiri tak pasti macam mana aku hendak sayang kepada diri sendiri. perkara ni bukan lah besar namun bila aku sedar aku perlu @ harus menyayangi orang yang menyayangi aku. aku buntu kerana kasih sayang dalam diri sendiri pun tidak sebegitu besar.



bila ada aku rasa ada orang lain cuba menyayangi aku,aku buntu dan akan lari. pada aku biarlah aku berkembang dulu dan belajar sayang pada diri dulu. pelik eh? aku akan rasa lemas bila aku rasa ada orang nak rapat nak sayang, atau ini tanda aku tak sayang atau ambil kisah mengenai orang lain dalam erti kata lain aku terlalu sayang pada diri sampai tak ada ruang orang lain boleh masuk atau aku memang tak pandai dalam bab kasih sayang?



jadinya aku sekarang dalam mode jiwa kacau. macam haram. cepat stress. apa lah solution nya?

sumpah tak tau. mungkin aku akan jadi macam ni sampai bila bila or mungkin sampai esok. or it just 'the time of the month'.