Aku suka
membicarakan mengenai wanita, kerana wanita itu sangat unit dari segi
kejadiannya, hinggalah saat kematiannya. Allah meletakkan wanita di tempat yang
mulia.
Dalam sebuah
hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata:
“Aku berwasiat
kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan
daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di
bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya
dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru,
berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”
WANITA
DIJADIKAN DARI TULANG RUSUK LELAKI???
Di dalam Al-Quran
Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air
mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang
berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah
menjelaskan
“Wahai manusia
apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari
tanah , dan kemudian daripada nutfah.”
fokus hadis ini
bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan
menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus
Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga
Kaum Wanita Dengan Baik’.
Di dalam kitab
Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata,
“Wanita dicipta
dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,”
dan bukan
dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam
bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza
dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya justeru tulang rusuk
tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia
menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak
sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam
aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu
menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras
terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi
mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala
peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan
kehinaan.
Namun jelas di sini hawa diciptakan dari tulang rusuk
Adam. Adam di ciptakan dari tanah dan kejadian manusia yang lain adalah daripada
hasil pertemuan benih lelaki dan wanita.
KISAH ADAM DAN HAWA
Adam
tinggal di syurga. Syurga yang penuh dengan kemudahan dan kenikmatan. Walaupun
begitu, Adam hanya seorang diri. Tiada kawan-kawan. Tiada isteri. Adam merasa
kesunyian. Sebenarnya Allah bukan sahaja menganugerahkan ruh dan ilmu
pengetahuan kepada Adam yang baru diciptanya. Bahkan Allah juga membekalkan
keinginan tertentu pada Adam yang dinamakan fitrah atau naluri. Fitrah mahu
makan, minum, berkerja, berbual, tidur, seks dan lain-lain sama seperti yang
kita rasa hari ini. Allah sudah mengetahui sejak azali saat dan ketika mana
Adam memerlukan seseorang sebagai teman.
Suatu
hari, Adam tidur. Setelah sedar, Adam melihat seseorang duduk di sebelah dekat
kepalanya. Adam bertanya,’
“Siapakah
Engkau??”
“seorang perempuan”
Adam terus bertanya, “kenapa engkau di ciptakan?”
“agar kamu merasa tenang denganku”
Malaikat bertanya adam, “siapakah namanya?”
Adam memberitahu “ Hawa”
Mereka ingin tahu lagi: “ kenapa namanya Hawa?”
Adam menerangkan “ kerana ia di ciptakan dari sesuatu
yang hidup”.
Hawa
dijadikan dari tulang rusuk Adam. Itulah yang dimaksudkan Adam bahawa Hawa
dicipta dari sesuatu yang hidup. Sesuatu yang hidup itu ialah diri Adam
sendiri. Sedangkan asal Adam ialah tanah kering yang mati
Seterusnya,
Adam dinikahi dengan Hawa oleh Allah….
Seorang LELAKI
yg bakal menjadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA dan
SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari
segi :
1. Susunan badan wanita
hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai
untuk mendidik anak-anak.
untuk mendidik anak-anak.
2. Kepala wanita dewasa
lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.
3. Kulit daging wanita
umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungan daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.
4. Tulang wanita
terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu
5. Anggota tubuh wanita
mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur
6. Saluran darah serta
urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkaN Kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebiH Subur.
7. Rambut wanita lebih
subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuH Dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.
8. Wanita mempunyai
sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian.
9. Wanita akan
melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa
kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.
kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.
WANITA vs LELAKI
1.
LELAKI suka control, suka mengawal
sejak dari kecik lagi. sebab tu kanak-kanak lelaki suka main kereta control,
lori, dan macam2 permainan yang mereka boleh control sendiri. sebab itu memang
sifat azali mereka.. vs PEREMPUAN pulak suka dipuji, dibelai
2.
LELAKI mereka gemar dan sangat enjoy
bila buat kerja tanpa dipaksa. kalau lelaki buat kerja, dia akan fokus dan
mereka cuma akan ingat isteri hanya bila mereka berada di rumah! vs PEREMPUAN
suka fikir Banyak benda dalam satu-satu masa. fikir pasal suami, nak suami jadi
baik, nak suami hensem, fikir tarikh2 penting. perempuan ni, cintanya cuma 1
(SATU). Tak macam lelaki , Gatal!!! huhu
3.
LELAKI gemar "cuba"
menyelesaikan masalah, walaupun ada masanya tak selesai pun. sebab? mereka akan
rasa bangga dan lega kalau dapat mencabar diri sendiri. dan hormon lelaki akan
meningkat. hormon testosterone. hormon yang bagus untuk kesihatan dan kesuburan
leleki! vs PEREMPUAN pulak, suka SHARE masalah, tapi tak suka orang yang cuba
nak SELESAIKAN masalah mereka. kalau balik kerja, si isteri mengomel, membebel,
bercerita semuanya pada suami, dengar sahaja. sebab dia cuma nak bercerita,
meluahkan sahaja. bukan nak anda selesaikan!
4.
bayi lelaki sejak dari lahir suka
tengok environment sekitar, suka lihat mesin atau mainan. vs bayi perempuan
sejak lahir lagi suka lihat wajah orang yang datang melawatnya, mudah senyum
bila diagah. sebab tu perempuan lebih cenderung pada sesuatu yang lebih kepada
emosi.
Huhu.. suka suki jew.. sebab saya wanita, so.. suke
laa crite panjang lebar bab wanita.. kat ums dulu terkenal dengan feminism nye..
maklumlaa, ladies first.. huhu.. daa~



























