? ??????????????Digital Distortion? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??46 Grabs Today. 2497 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 3.9 (10 Ratings)??44 Grabs Today. 16934 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Cry BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
"jika ku diberikan lagi kelewatan waktu biarlah naiwaitu di jendela diri menyambut lembut pengalaman merimbun embun tak ku menjadi sisa masa lalu, jika ku diberikan peribadi biarlah lorong diri dijaga cahaya akar yang membersih mensaujana sinar…"
SiaPaLAh aKu UnTUk BeRsUaRa mAkA AkU mEnUliS....
Kekadang aku hairan dengan diri sendiri...Tika diri mengatakan dosaku menggunung, tapi tetap angkuh untuk bertaubat. Tika diri mengatakan aku akan bertaubat tetap berulang lakukan dosa.tika diriku katakn islam itu matlamat, tapi tetap longlai tak bersemangat. Adakah aku layak menjadi pejuang agama-Mu?Adakah aku layak mendamba syurga-Mu? YA ALLAH...Pimpinlah aku agar aku selalu di jalan-MU...AMIN....
Dalam keserabutan minda, aku mengungkap tanda persoalan. Melerai angin arah tentangan. Tersusun indah tercipta rentak. Akhirnya lukisan bercorak indah ku gengam…

Damba cinta-Mu

Saat harapan ku lontarkan, diri pula menjadi sesal.
Takkala cinta mereka ungkapkan aku luahkan rahsia terpendam.
Mengharap penghayatan darimu, namun penyesalan aku terima
Tiada balasan kejujuran yang ada hanya alasan ukiran.
Harapan pasti tinggal harapan.
Takkala langkahku tersilap rentak
Aku mahu beralih arah di saat itu
Takkala aku belum dimilikki dan cinta masih tak bertahta
Takkala suara masih belum bergema kerana kepalsuan terukir lagi…
Seribu nada aku genggam, dinihari mengunggkap seribu kepalsuan
Aku malu dalam pilu, saat cinta aku miliki namun belum pasti kehadirannya
Aku memohon agar cinta ini berkekalan
Kerana hamba-Mu ini sering mendamba cinta dirimu ILLAHI…
Masihkan ada tempat, untuk diri mengisi kekosongan yang bergelora
Dalam perang dihati, konflik di jiwa ini…
Kau pimpinlah diriku bukan lagi hanya di hujung jari.

itulah kasih yang ku damba

itulah kasih yang ku damba

belaian ibu

Terjana naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Wahai ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur pergorbanan tak ku nafikan.
Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari memdakapimu penuh girang
Pasir putih kehilangan.
Kau insan penyayang, betapa ku merinduimu ibu membuat ku terlena
Ku pastikan dikau aman di dunia sejahtera tak ku lupakan.
Di wajah mu berolah tenang
Sebak di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu, hanya kau satu di dunia bertahta di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih tak dapat ku membalas hadirnya restumu ibu membawa ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu…

warkah buat ayah

Telah berdiri seorang lelaki hidup berkekal kecengkalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kemenangan.
Berkiun sudah kau merintis jalan, bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati……


wahai anak perantau

Perantau ,
sanggup kau berjuang
Tabahkanlah hatimu… berjuanglah di rantau orang
Sedih dan pilu di hati hanya kau yang tahu

Ingatan ayah dan ibu janganlah sampai menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangamu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang membela nasib diri, keluarga dan saudara
Terus membela menuntut ilmu dan janji, pasti islam kan gemilang lagi
Tapi perantau kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang kerana itulah syarat dalam berjuang.
Wahai perantau yang sedang berjuang
Di mana pun pasti ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal akan tuhan nya
Pasti kasih sayang menunggu di hujungnya.

Wednesday, October 28, 2009

KAsIh sAyAnG PeRaNGsAnG MiNdA

Kasih sayang sebenarnya adalah satu konsep yang kadangkala sukar untuk digambarkan secara fizikal. Dengan itu, kita berasa sukar untuk melakukan sebarang tindakan yang boleh dikaitkan dengannya.


Dengan kata lain, untuk lebih mudah memahami konsep kasih sayang itu, kita perlu menterjemahkannya kepada perlakuan yang menjadi lambang kepada kasih sayang seperti berpegangan tangan, bersalaman, memberi sentuhan, ciuman, pelukan, urutan, picitan, gosokan dan sebagainya.


Terdapat kajian yang mengatakan bahawa anak-anak yang dibelai dan dididik dengan kasih sayang akan menjadi lebih pintar, cerdik, tajam pemerhatian dan sentiasa berkeyakinan tinggi. Sebenarnya, apabila anak dibelai dengan kasih sayang badannya akan dirangsang untuk mengeluarkan enzim-enzim seperti endorphin, enkephalin dan norepinephrine. Ketiga-tiga enzim ini bukan sahaja mempu merangsang otak tetapi menjadikan seseorang anak itu lebih bertenaga, sihat, cergas, berwajah ceria dan tidak mudah diserang penyakit.



Sebenarnya, ibu bapa boleh membuat pilihan tentang kaedah yang sesuai dalam mendidik anak. Hakikatnya, kasih sayang sememangnya mempunyai kuasa hebat yang mampu merangsang dan menyerlahkan kehebatan dan keunggulan seseorang itu, khususnya anak kita.

Thursday, October 15, 2009

...GanTi iTu DaRI ALLAH.....

Allah tidak akan mencabut sesuatu dari kita kecuali pasti menggantikannya dengan yang lebih baik, dengan syarat kita harus sabar dan mengharapkan keredhoan-NYAingatlah firmanya dalam sebuah hadith yang bermaksud:
'BARANGSIAPA YANG AKU AMBIL 2 KEKASIHNYA(MATANYA)KEMUDIAN DIA BERSABAR MAKA AKU AKAN GANTI(KEDUANYA) DENGAN SYURGA."


Dalam hadit ini Dia berfirman " barang siapa yang aku ambil oprang pilihannya di dunia, kemudian dia mengharapkan regdo(Ku) , aku akan gantikannya dengan syurga.

perkara ini biasa terjadi dalam kehidupan setiap manusia, yang membezakannya ialah bagaimana kita dapat dugaan yang Allah uji pada kita. ... orang kata yang patah kan tumbuh , yang hilang pula kan berganti. ... namun percayalah sekejap sahaja kita pasti akan dapat melupakannya. .. Oleh itu, lupa juga merupakan satu nikmat yang Allah berikan kepada hambanya...

NIKMATNYA LUPA....
Allah berfirman,Allah telah memaafkan apa yang telah lalu."
(al-maa'idah:95). dalam ayat lain "itu adalah umat yang lalu"(al-baqarah:134). yang lalu telah berlau! Firman Allah, "kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu." (al-hadid:23)

MAKA.....

lupa itu nikmat sebab ia merupakan kuburab bagi derita2. ia adalah hijab bagi keperitan dan kepedihan jiwa. ia adalah ubat bagi penyakit dan hiburan bagi sesuatu yang hilang.
jadi janganlah ada yang sampai bunuh diri akibat putus cinta, sebab gagal exam dan sebagainya. itu adalah ujian dari Allah. dan ianya tidak akan lama kerana sekali Dia ambil dan Dia akan ganti dengan yang lain. jadi cuba untuk lupakan di samping berusaha ke arah membangkitkan diri ke arah kejayaan semula.

seorang penyair berkata....

' JANGAN HANCURKAN DIRIMU DENGAN SESUTU YANG TELAH LALU, DAN JANGAN REMUKKAN DIRIMU DENGAN SESUATU YANG TELAH LALU."
sesengguhnya usaha untuk mengembalikan dan memperbaiki urusan yang telah lama adalah sangat mustahil. usaha itu sendiri adalah sebuah kesombongan dan sekaligus kelemahan. sedangkan untuk mengambil pelajaran, memetik hikmah dari semua pengalaman pahit iyu memang sangat di galakkan.

Al-Mutanabbi berkata dalam syairnya:

"jangan engkau sandarkan tahunmu tanpa ujian,
sepanjang rohmu terkandung badan tidak ada yang mengekalkan kegembiraan pun kesedihan tidak dapat mengembalikan yang tiada"

TSA'LAB seorangahli bahasa pernah menyatakan dalam syairnya:
"ku kira keburukkan bukan tetangga yang tidak akan terpisah denganku, dan aku tidak akan merasa gundah dengan semua yang telah berlalu."

jadi, renung-renungkanlah.............

Sunday, October 11, 2009

..PeRsahAbAtaN BeRlAiNaN JaNtInA.....

ketika kita mengamati sebuah persahabatan sebagai bentuk interaksi emosional dab rasional anatara 2 orang, yang keduanya saling merasakan suka duka pasangannya dan saling membuka rahsia yang tersembunyi di dalam benaknya, maka kita melihat betapa positif dan pentingnya ia dalam kehidupan manusia.
jadi bagaimana pula kalau persahabatan berlainan jantina???
persahabatan seperti ini sering menimbulkan fitnah dan buah mulut orang yang suka menjaga tepi kain orang... macam dia seorang je yang betul, macam dia yang paling baik...... sahabat pada zahirnya, suatu benda yang di galakkan... kita tidak akan dapat mengembangkan sesuatu perkara tanpa adanya sahabat... kalau seorang2 macam kera sumbang lah pulak...
perah ayu terbaca satu keratan artikel mengenai persahabatan jenis ini. ia di kenali sebagai hubungan platonik. di mana dalam hubungan persahabatan ini tidak akan sedikit pun perasaan cinta di anatra 2 sahabat ini. walaupun pada zahirnya orang melihat seperti sedang bercinta namun hakikatnya hubungan mereka tidak lari dari seorang sahabat. sememangnya perkara sebegini wujud dalam masyarakat dunia pada hari ini. memang jika mahu di bahaskan risiko cinta bagi hubungan sahabat begini adalah tinggi namun hubungan baik ini mungkin akan berkekalan jika niat kita betul dan suci.

islam menggariskan panduan dalam perhubungan. lelaki dan wanita ada hadnya.. batas pergaulan, aurat, pegang2.. namun itu semua atas kita. bagaimana kita pandai meletakkannya dan menjaga batas berkenaan...

...............CInTa iTu aDaLAh fItRah...............

Apakah Allah menciptakan manusia berdasarkan cinta? mengapa? Dan apakah yang di maksudkan dengan Firman-Nya SWT,"Dan yang mempersatukan hati mereka. walaupun kamu membelanjakan semua [kekayaan] yang ada di bumi. nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia maha perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS.al-Anfal:63)


cinta merupakan satu keadaan emosi yangn lahir dari perasaan yang pada zahirnya suci... Allah menganugerahkan perasaan cinta kepada manusia agar manusia saling berkasih sayang antara satu sama lain. namun pada kita apakah itu erti cinta yang sebenar?
ayu mula mentafsir erti cinta setelah lama ayu rasakan cinta makin wujud dalam diri... jangan salah anggap cinta boleh di kategorikan dalam pelbagai jenis... cinta pada ibu bapa, keluarga, sahabat, saudara, adik beradik, letcure, teman lelaki eah dah lain pulak.. hehe...
lumrah lah 2. semua manusia ingin di cintai dan menyintai. namun sejauh mana kita meletakkan nilai yang suci itu tadi pada perkerti yang betul itu adalah pada diri kita sendiri. andainya kita layarkan ia dengan bahtera yang kukuh, melalui tiupan angin yang telah di kaji ianya pasti selamat sampai menuju cinta ilahi. insyaAllah. Aminnnn..
ayu hanya insan biasa juga, dambakan seorang lelaki yang bergelar suami untuk memimpin ayu ke jalan yang di redhoi... namun apakah ciri2nya rahsia....
mari kita bahaskan erti cinta dalam islam....
cinta memang bersifat emosional. tetapi kekadang ia bertitik tolak dari sikap rasional yang ada dalam peribadi. sekiranya ia tidak bergerak kecuali dengan akal. dan ini adalah hal yang dapat dicapai oleh manusia ketika ia berhasil menyatukannya dnga nilai2 spiritual yang diyakininya, dimana nilai2 tersebut akan menjadi pengarah utam atas perasaan2nya. baik dalam bentuk ekspresi cinta atau ekspresi benci.

cinta dalam islam bukan hal yang di haramkan selama berupa perasaan di dalam hati manusia. Allah tidak menghisab manusia atas apa perasaan 2 yang di alaminya jika belum terjemahkan dalam bentuk tindakan yang nyata yang bertentangan dengan fitrah-Nya . oleh itu tidak ada salah jika seorang gadis mencintai seorang pemuda yang menarik perasaannya...
jadi letakkkanlah perasaan cinta itu di landasan yang benar....

Saturday, October 10, 2009

jiwa pendekar... wAhaI WAniTa EnGkAu MaHlUk IsTiMeWA...


KalA NurAnI TerUsIk TiRaNi
dOa sAhAja tIdAK cUkUp
DaRI JIwA2 ynAg seJuk itU
LaHiR PaHlAwAn yAnG TeRtAnGgUh
BaGi IlAhI MeReKa bERsIMpUh
AtAs tIrAnI mErEkA BerTaRuNg.........

wahai kaum sejenisku, marilah kita muala melangkah
mara kehadapan,
bukan merangkak, bukan menyusur, bukan bertatih, bukan berjalan
tapi kita berlari mengejar ciptaan khayalan yang dulu kau kata ianya hanya mimpi!!!
tapi kini kau pantas bergerak mengejar seribu impian takkala itu, mimpi bisa menjadi realiti...

atas silat kita berentap. sebagai permulaan menuju kegemilangan. kerana wanita moden pada hari ini bisa jadi berani dengan mahir pertahankan diri..
tak mungkin tergolek lagi kerana kau bisa berdiri....

wahai gadis - gadisku sayang,
lemah bukan ukuran, lembut bukan tuturan lagi. kau bisa jadi tegas dan 1000 kelembutan yang jelas terlihat di wajahmu terukir di bibir manismu...

kalau bukan wanita yang sayang wanita, jadi siapa lagi?
MArAlaH WaNItaKu.............

BIaRkAnLaH eSoK DatAnG dENGaN sEnDiRinYa.

Ada satu kata yang sangat bermanfaat yang di hafal oleh orang2 cina berkait dengan anjuran untuk tidak mengira2 peristiwa dan musibah yang akan berlaku di masa depan. Merka berkata, "jangan menyeberangi jambatan hingga sampai di depannya."
ertinya biarkanlah hari esok dengan semua kegundahan dan kegelisahannya hingga ia datang sendiri. sesungguhnya jika telah sampai di hari esok, maka Allah pasti akan membantu , sebagaimana Allah telah menolong kita pada hari ini dan semalam. jika tidak berjumpa dengannya, maka kita hanya kehilangan kesedihan yang memang tidak ada dan hidup dengan sesuatu yang tidak wujud. sebagaimana yang di sebut oleh seorang penyair:
" sesungguhnya tuhan yang mencukupimu kelmarin
pasti akan mencukupimu di esok hari."
dalam sebuah hadis di sebutkan,' jika anda msuk diwaktu pagi jangan lah menunggu waktu tengahhari. bagaimana pula dengan seseorang yang menunggu hari esok atau lusa?"

lalat..

lalat?
kenapa lalat?
bukan apa saje nak kongsi cerita yang di peti dari sebuah buku yang telah ayu baca di library UMS tempoh hari.. pada mulanya ayu pun pelik kenapa isu ini jadi taruhan, tapi bila sudah membaca dan mendalaminya baru ayu tahu akan makna tersirat dan tersurat yang ingin di sampaikan oleh si penulis...
ceritanya begini...........
seorang ulama pemberi nasihat masuk menemui seorang raja. takkkala orang2 sudah berkumpul tiba2 ada seekor lalat terbang berputar-putar di hidung sang raja, hingga baginda rasa sanggat terganggu. raja itu berkata kepada sang pemberi nasihat- dengan tujuan untuk mempermalukannya." wahai fulan kenapa Alllah menciptakan lalat?" orang alim itu pun menjawab, " untuk merendahkan hidun2 orang durjana!!"

selepas itu, ayu cuba memahami maksud yang ingin di sampaikan dari buku itu tadi...
lalat2 tidak akan pernh hinggap kecuali di atas luka. dan, manusia2 yang suka mencari kesalahan orang lain, akan sentiasa gembira dengan kesalahannya dan bangga dengan ketergelincirannya, sebagaimana firman Allah, 'JIKA KAMU MEMPEROLEHI KEBAIKAN, NESCAYA MEREKA BERSEDIH HATI, TETAPI JIKA KAMU MENDAPAT BENCANA, MEREKA GEMBIRA KERANANNYA.'
( ALI IMRAN:20)

dengan lalat yang lemah dan kotor itu, Allah subhanahu wa Ta'ala menentang manusia dengan penciptanya. Dia berfirman, " sesungguhnya segala sesuatu yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat mencipta seekor lalat pun , walaupun mereka bersatu untuk menciptannya. dan jika lalat itu merampas sesuatu daripadanya, tiadalah dapat mereka merebut kembali daripadanya. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah(pulalah) yang disembah"(AL-HAJJ:73)

berdasarkan ayat ini, sesiapapun tidak mampu mencipta seekor lalat pun, atau mengembalikan apa yang telah di rampas olehnya, tiada hak untuk memperkotak katikkan menentang Allah denag menggunakan 'selendang' uluhiyyah, atau memakai 'pakaian' rububiyah. bahkan dia seharusnya mahu menempelkan hidungnya keatas debu , sujud pada sang maha raja diraja. hendakknya ia mengetahui kadar kemampuannnya, mengakui kelemahannya,..

MAHASUCI ALLAH YANG BERKUASA ATAS SEMUA HAMBANYA. YANG TIDAK AKAN DITANYA APA YANG DILAKUKAN SEDANGKAN MEREKA AKAN DITANYA...