? ??????????????Digital Distortion? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??46 Grabs Today. 2497 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 3.9 (10 Ratings)??44 Grabs Today. 16934 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Cry BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
"jika ku diberikan lagi kelewatan waktu biarlah naiwaitu di jendela diri menyambut lembut pengalaman merimbun embun tak ku menjadi sisa masa lalu, jika ku diberikan peribadi biarlah lorong diri dijaga cahaya akar yang membersih mensaujana sinar…"
SiaPaLAh aKu UnTUk BeRsUaRa mAkA AkU mEnUliS....
Kekadang aku hairan dengan diri sendiri...Tika diri mengatakan dosaku menggunung, tapi tetap angkuh untuk bertaubat. Tika diri mengatakan aku akan bertaubat tetap berulang lakukan dosa.tika diriku katakn islam itu matlamat, tapi tetap longlai tak bersemangat. Adakah aku layak menjadi pejuang agama-Mu?Adakah aku layak mendamba syurga-Mu? YA ALLAH...Pimpinlah aku agar aku selalu di jalan-MU...AMIN....
Dalam keserabutan minda, aku mengungkap tanda persoalan. Melerai angin arah tentangan. Tersusun indah tercipta rentak. Akhirnya lukisan bercorak indah ku gengam…

Damba cinta-Mu

Saat harapan ku lontarkan, diri pula menjadi sesal.
Takkala cinta mereka ungkapkan aku luahkan rahsia terpendam.
Mengharap penghayatan darimu, namun penyesalan aku terima
Tiada balasan kejujuran yang ada hanya alasan ukiran.
Harapan pasti tinggal harapan.
Takkala langkahku tersilap rentak
Aku mahu beralih arah di saat itu
Takkala aku belum dimilikki dan cinta masih tak bertahta
Takkala suara masih belum bergema kerana kepalsuan terukir lagi…
Seribu nada aku genggam, dinihari mengunggkap seribu kepalsuan
Aku malu dalam pilu, saat cinta aku miliki namun belum pasti kehadirannya
Aku memohon agar cinta ini berkekalan
Kerana hamba-Mu ini sering mendamba cinta dirimu ILLAHI…
Masihkan ada tempat, untuk diri mengisi kekosongan yang bergelora
Dalam perang dihati, konflik di jiwa ini…
Kau pimpinlah diriku bukan lagi hanya di hujung jari.

itulah kasih yang ku damba

itulah kasih yang ku damba

belaian ibu

Terjana naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Wahai ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur pergorbanan tak ku nafikan.
Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari memdakapimu penuh girang
Pasir putih kehilangan.
Kau insan penyayang, betapa ku merinduimu ibu membuat ku terlena
Ku pastikan dikau aman di dunia sejahtera tak ku lupakan.
Di wajah mu berolah tenang
Sebak di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu, hanya kau satu di dunia bertahta di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih tak dapat ku membalas hadirnya restumu ibu membawa ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu…

warkah buat ayah

Telah berdiri seorang lelaki hidup berkekal kecengkalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kemenangan.
Berkiun sudah kau merintis jalan, bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati……


wahai anak perantau

Perantau ,
sanggup kau berjuang
Tabahkanlah hatimu… berjuanglah di rantau orang
Sedih dan pilu di hati hanya kau yang tahu

Ingatan ayah dan ibu janganlah sampai menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangamu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang membela nasib diri, keluarga dan saudara
Terus membela menuntut ilmu dan janji, pasti islam kan gemilang lagi
Tapi perantau kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang kerana itulah syarat dalam berjuang.
Wahai perantau yang sedang berjuang
Di mana pun pasti ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal akan tuhan nya
Pasti kasih sayang menunggu di hujungnya.

Thursday, October 15, 2009

...GanTi iTu DaRI ALLAH.....

Allah tidak akan mencabut sesuatu dari kita kecuali pasti menggantikannya dengan yang lebih baik, dengan syarat kita harus sabar dan mengharapkan keredhoan-NYAingatlah firmanya dalam sebuah hadith yang bermaksud:
'BARANGSIAPA YANG AKU AMBIL 2 KEKASIHNYA(MATANYA)KEMUDIAN DIA BERSABAR MAKA AKU AKAN GANTI(KEDUANYA) DENGAN SYURGA."


Dalam hadit ini Dia berfirman " barang siapa yang aku ambil oprang pilihannya di dunia, kemudian dia mengharapkan regdo(Ku) , aku akan gantikannya dengan syurga.

perkara ini biasa terjadi dalam kehidupan setiap manusia, yang membezakannya ialah bagaimana kita dapat dugaan yang Allah uji pada kita. ... orang kata yang patah kan tumbuh , yang hilang pula kan berganti. ... namun percayalah sekejap sahaja kita pasti akan dapat melupakannya. .. Oleh itu, lupa juga merupakan satu nikmat yang Allah berikan kepada hambanya...

NIKMATNYA LUPA....
Allah berfirman,Allah telah memaafkan apa yang telah lalu."
(al-maa'idah:95). dalam ayat lain "itu adalah umat yang lalu"(al-baqarah:134). yang lalu telah berlau! Firman Allah, "kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu." (al-hadid:23)

MAKA.....

lupa itu nikmat sebab ia merupakan kuburab bagi derita2. ia adalah hijab bagi keperitan dan kepedihan jiwa. ia adalah ubat bagi penyakit dan hiburan bagi sesuatu yang hilang.
jadi janganlah ada yang sampai bunuh diri akibat putus cinta, sebab gagal exam dan sebagainya. itu adalah ujian dari Allah. dan ianya tidak akan lama kerana sekali Dia ambil dan Dia akan ganti dengan yang lain. jadi cuba untuk lupakan di samping berusaha ke arah membangkitkan diri ke arah kejayaan semula.

seorang penyair berkata....

' JANGAN HANCURKAN DIRIMU DENGAN SESUTU YANG TELAH LALU, DAN JANGAN REMUKKAN DIRIMU DENGAN SESUATU YANG TELAH LALU."
sesengguhnya usaha untuk mengembalikan dan memperbaiki urusan yang telah lama adalah sangat mustahil. usaha itu sendiri adalah sebuah kesombongan dan sekaligus kelemahan. sedangkan untuk mengambil pelajaran, memetik hikmah dari semua pengalaman pahit iyu memang sangat di galakkan.

Al-Mutanabbi berkata dalam syairnya:

"jangan engkau sandarkan tahunmu tanpa ujian,
sepanjang rohmu terkandung badan tidak ada yang mengekalkan kegembiraan pun kesedihan tidak dapat mengembalikan yang tiada"

TSA'LAB seorangahli bahasa pernah menyatakan dalam syairnya:
"ku kira keburukkan bukan tetangga yang tidak akan terpisah denganku, dan aku tidak akan merasa gundah dengan semua yang telah berlalu."

jadi, renung-renungkanlah.............

0 comments: