? ??????????????Digital Distortion? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??46 Grabs Today. 2497 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 3.9 (10 Ratings)??44 Grabs Today. 16934 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Cry BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
"jika ku diberikan lagi kelewatan waktu biarlah naiwaitu di jendela diri menyambut lembut pengalaman merimbun embun tak ku menjadi sisa masa lalu, jika ku diberikan peribadi biarlah lorong diri dijaga cahaya akar yang membersih mensaujana sinar…"
SiaPaLAh aKu UnTUk BeRsUaRa mAkA AkU mEnUliS....
Kekadang aku hairan dengan diri sendiri...Tika diri mengatakan dosaku menggunung, tapi tetap angkuh untuk bertaubat. Tika diri mengatakan aku akan bertaubat tetap berulang lakukan dosa.tika diriku katakn islam itu matlamat, tapi tetap longlai tak bersemangat. Adakah aku layak menjadi pejuang agama-Mu?Adakah aku layak mendamba syurga-Mu? YA ALLAH...Pimpinlah aku agar aku selalu di jalan-MU...AMIN....
Dalam keserabutan minda, aku mengungkap tanda persoalan. Melerai angin arah tentangan. Tersusun indah tercipta rentak. Akhirnya lukisan bercorak indah ku gengam…

Damba cinta-Mu

Saat harapan ku lontarkan, diri pula menjadi sesal.
Takkala cinta mereka ungkapkan aku luahkan rahsia terpendam.
Mengharap penghayatan darimu, namun penyesalan aku terima
Tiada balasan kejujuran yang ada hanya alasan ukiran.
Harapan pasti tinggal harapan.
Takkala langkahku tersilap rentak
Aku mahu beralih arah di saat itu
Takkala aku belum dimilikki dan cinta masih tak bertahta
Takkala suara masih belum bergema kerana kepalsuan terukir lagi…
Seribu nada aku genggam, dinihari mengunggkap seribu kepalsuan
Aku malu dalam pilu, saat cinta aku miliki namun belum pasti kehadirannya
Aku memohon agar cinta ini berkekalan
Kerana hamba-Mu ini sering mendamba cinta dirimu ILLAHI…
Masihkan ada tempat, untuk diri mengisi kekosongan yang bergelora
Dalam perang dihati, konflik di jiwa ini…
Kau pimpinlah diriku bukan lagi hanya di hujung jari.

itulah kasih yang ku damba

itulah kasih yang ku damba

belaian ibu

Terjana naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Wahai ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur pergorbanan tak ku nafikan.
Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari memdakapimu penuh girang
Pasir putih kehilangan.
Kau insan penyayang, betapa ku merinduimu ibu membuat ku terlena
Ku pastikan dikau aman di dunia sejahtera tak ku lupakan.
Di wajah mu berolah tenang
Sebak di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu, hanya kau satu di dunia bertahta di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih tak dapat ku membalas hadirnya restumu ibu membawa ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu…

warkah buat ayah

Telah berdiri seorang lelaki hidup berkekal kecengkalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kemenangan.
Berkiun sudah kau merintis jalan, bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati……


wahai anak perantau

Perantau ,
sanggup kau berjuang
Tabahkanlah hatimu… berjuanglah di rantau orang
Sedih dan pilu di hati hanya kau yang tahu

Ingatan ayah dan ibu janganlah sampai menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangamu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang membela nasib diri, keluarga dan saudara
Terus membela menuntut ilmu dan janji, pasti islam kan gemilang lagi
Tapi perantau kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang kerana itulah syarat dalam berjuang.
Wahai perantau yang sedang berjuang
Di mana pun pasti ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal akan tuhan nya
Pasti kasih sayang menunggu di hujungnya.

Tuesday, January 12, 2010

MeNgApA mAsIh HaDiR kEsAyuAn iTu???

sesungguhnya telah aku meneliti setiap bait-bait puisi nukilan di hati... tapi sayangnya bahasa yang indah sukar untuk diuraikan biarpun selesa bila diungkapkan... mungkin tak semua yang sedar dan faham akan kata hati ini, kerana kadang kala pemiliknya sendiri masih mencari di sebalik keraguan ini... ianya tak semudah apa yang disangkakan. walaupun pada luaran nampak tersusun indah , namun jiwa meronta siapa yang tahu???



kau kata begitu, kerana kau sangkakan ianya mudah, namun tak kau tahu sekukuh mana yang memperjuangkannya pasti gelincir. kata- kata tak mampu membuktikan kebenaran, hakikat luaran tak mampu menafikan kepalsuan...




setiap kata yang aku ukirkan , bukan penciptaan sanubari yang dusta tapi dari hati ianya berkata...

kadang kala aku lemah dengannya. masih mencari tiang untuk mengukuhkan kedudukan itu, namun mahal harganya mahu dimiliki, jangan bermimpi walaupun hanya cuma menempah, menunggu untuk membawa pergi.



aku menempah burung di rimba. kusangkakan mudah seperti di sangkar. rupanya sukar daripada di awan...

aku mengharapkan makan di tangan, rupanya hinggap di hujung jari pun tak sudi...

aku mengimpi terbang beriring, rupanya hadir sekawan turut berlalu pergi...



siapa lagi yang mampu aku jadikan pemangkin yang dapat membantu aku dalam menghadapui rintangan di dunia Allah yang penuh berliku dengan ujian ini,... aku tak mampu gerak sendirian tanpa bantuan dan bimbingan darinya. aku takut kadang kala, takut seandainya gerakku terpesong kerana langkahku mula lemah dan longlai. mana bisa aku yang reput di tambah bebanan tanpa ada yang datang membaikinya..



kini gerakku mulai longgar...

aku mula mencari haluan sendiri.

mungkinkah aku terselamat di hentian ini, dan menunggu lihat apa lagi yang akan aku hadapi di hentian hadapan..

senadainya gerakku di iringi dengan yang berisi di dada, di minda dan di hati, pasti langkahku tidak tersasar lagi....

tapi masih adakah yang diimpi???



akhirnya aku mula tersedar, tak bisa aku mendapatkan burung di rimba seandainya aku hanyalah gagak liar di awan hitam........


0 comments: