"jika ku diberikan lagi kelewatan waktu biarlah naiwaitu di jendela diri menyambut lembut pengalaman merimbun embun tak ku menjadi sisa masa lalu, jika ku diberikan peribadi biarlah lorong diri dijaga cahaya akar yang membersih mensaujana sinar…"
SiaPaLAh aKu UnTUk BeRsUaRa mAkA AkU mEnUliS....
Kekadang aku hairan dengan diri sendiri...Tika diri mengatakan dosaku menggunung, tapi tetap angkuh untuk bertaubat. Tika diri mengatakan aku akan bertaubat tetap berulang lakukan dosa.tika diriku katakn islam itu matlamat, tapi tetap longlai tak bersemangat. Adakah aku layak menjadi pejuang agama-Mu?Adakah aku layak mendamba syurga-Mu? YA ALLAH...Pimpinlah aku agar aku selalu di jalan-MU...AMIN....
Dalam keserabutan minda, aku mengungkap tanda persoalan. Melerai angin arah tentangan. Tersusun indah tercipta rentak. Akhirnya lukisan bercorak indah ku gengam…
Damba cinta-Mu
Saat harapan ku lontarkan, diri pula menjadi sesal.
Takkala cinta mereka ungkapkan aku luahkan rahsia terpendam.
Mengharap penghayatan darimu, namun penyesalan aku terima
Tiada balasan kejujuran yang ada hanya alasan ukiran.
Harapan pasti tinggal harapan.
Takkala langkahku tersilap rentak
Aku mahu beralih arah di saat itu
Takkala aku belum dimilikki dan cinta masih tak bertahta
Takkala suara masih belum bergema kerana kepalsuan terukir lagi…
Seribu nada aku genggam, dinihari mengunggkap seribu kepalsuan
Aku malu dalam pilu, saat cinta aku miliki namun belum pasti kehadirannya
Aku memohon agar cinta ini berkekalan
Kerana hamba-Mu ini sering mendamba cinta dirimu ILLAHI…
Masihkan ada tempat, untuk diri mengisi kekosongan yang bergelora
Dalam perang dihati, konflik di jiwa ini…
Kau pimpinlah diriku bukan lagi hanya di hujung jari.
belaian ibu
Terjana naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Wahai ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur pergorbanan tak ku nafikan.
Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari memdakapimu penuh girang
Pasir putih kehilangan.
Kau insan penyayang, betapa ku merinduimu ibu membuat ku terlena
Ku pastikan dikau aman di dunia sejahtera tak ku lupakan.
Di wajah mu berolah tenang
Sebak di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu, hanya kau satu di dunia bertahta di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih tak dapat ku membalas hadirnya restumu ibu membawa ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu…
warkah buat ayah
Telah berdiri seorang lelaki hidup berkekal kecengkalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kemenangan.
Berkiun sudah kau merintis jalan, bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati……
wahai anak perantau
Perantau ,
sanggup kau berjuang
Tabahkanlah hatimu… berjuanglah di rantau orang
Sedih dan pilu di hati hanya kau yang tahu
Ingatan ayah dan ibu janganlah sampai menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangamu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang membela nasib diri, keluarga dan saudara
Terus membela menuntut ilmu dan janji, pasti islam kan gemilang lagi
Tapi perantau kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang kerana itulah syarat dalam berjuang.
Wahai perantau yang sedang berjuang
Di mana pun pasti ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal akan tuhan nya
Pasti kasih sayang menunggu di hujungnya.
dah lama tidak mencaritkan sesuatu di blog ini. tiba-tiba terasa rindu pula padanya.
26 ogos 2010 , baru-baru nie saya pergi ke felda sahabat lahad daatu sabah... pengalaman yang sangat seronok. kami seramai 9 orang 4 lelaki, 5 perempuan sama-sama menaiki sebuah van menuju kesana... lebih kurang dalam jam 12 tengahari kami bertolak. dan perjalanan mengambil masa selama 9 jam...
setibanya di lahad datu kami singgah di bandar lahad datu dan menjamu selera.. kami mengenakan ikan bakar. pelbagai jenis ikan yang kami dapat makan di sana. ternyata harganya jauh lebih murah berbanding di kota kinabalu.
seterusnya, kami berhenti di rumah Datuk Suhaili, Adun Lahad Datu. kami berbincang mengenai permasalahan alam sekitar yang melanda di felda Lahad Datu iaitu Arang Batu.. dimana permasalahan ini di bawa hingga ke peringkat atasan. Datuk Suhaili juga merupakan lembaga pengarah felda sahabat.
kami bertolak ke felda sahabat dan sampai lebih kurang jam 1 pagi..
esoknya, kami terus dengan urusan kami di pejabat felda wilayah sahabat.
kami berjumpa dengan Tuan Hj Juany Salleh, Pengarah felda wilayah Sahabat. dan berbincang mengenai pelbagai isu... ternyata hubungan kami dengan Tuan Hj Salleh mudah mesra..
seterusnya kami meninjau sek men yang satu-satunya terdapat di felda sahabat. SMK Desa at untuk mengambil SMK Desaa Kencana sebagai sek. angkat.
kami bertolak pulang pada jam 3.15 petang dan sampai semula ke UMS pada jam 12.00 tengah malam
Berjumpa dengan GPK 1 iaitu Pn. Maizatul. kami menyatakan hasr
0 comments:
Post a Comment