? ??????????????Digital Distortion? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??46 Grabs Today. 2497 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 3.9 (10 Ratings)??44 Grabs Today. 16934 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Cry BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
"jika ku diberikan lagi kelewatan waktu biarlah naiwaitu di jendela diri menyambut lembut pengalaman merimbun embun tak ku menjadi sisa masa lalu, jika ku diberikan peribadi biarlah lorong diri dijaga cahaya akar yang membersih mensaujana sinar…"
SiaPaLAh aKu UnTUk BeRsUaRa mAkA AkU mEnUliS....
Kekadang aku hairan dengan diri sendiri...Tika diri mengatakan dosaku menggunung, tapi tetap angkuh untuk bertaubat. Tika diri mengatakan aku akan bertaubat tetap berulang lakukan dosa.tika diriku katakn islam itu matlamat, tapi tetap longlai tak bersemangat. Adakah aku layak menjadi pejuang agama-Mu?Adakah aku layak mendamba syurga-Mu? YA ALLAH...Pimpinlah aku agar aku selalu di jalan-MU...AMIN....
Dalam keserabutan minda, aku mengungkap tanda persoalan. Melerai angin arah tentangan. Tersusun indah tercipta rentak. Akhirnya lukisan bercorak indah ku gengam…

Damba cinta-Mu

Saat harapan ku lontarkan, diri pula menjadi sesal.
Takkala cinta mereka ungkapkan aku luahkan rahsia terpendam.
Mengharap penghayatan darimu, namun penyesalan aku terima
Tiada balasan kejujuran yang ada hanya alasan ukiran.
Harapan pasti tinggal harapan.
Takkala langkahku tersilap rentak
Aku mahu beralih arah di saat itu
Takkala aku belum dimilikki dan cinta masih tak bertahta
Takkala suara masih belum bergema kerana kepalsuan terukir lagi…
Seribu nada aku genggam, dinihari mengunggkap seribu kepalsuan
Aku malu dalam pilu, saat cinta aku miliki namun belum pasti kehadirannya
Aku memohon agar cinta ini berkekalan
Kerana hamba-Mu ini sering mendamba cinta dirimu ILLAHI…
Masihkan ada tempat, untuk diri mengisi kekosongan yang bergelora
Dalam perang dihati, konflik di jiwa ini…
Kau pimpinlah diriku bukan lagi hanya di hujung jari.

itulah kasih yang ku damba

itulah kasih yang ku damba

belaian ibu

Terjana naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Wahai ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur pergorbanan tak ku nafikan.
Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari memdakapimu penuh girang
Pasir putih kehilangan.
Kau insan penyayang, betapa ku merinduimu ibu membuat ku terlena
Ku pastikan dikau aman di dunia sejahtera tak ku lupakan.
Di wajah mu berolah tenang
Sebak di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu, hanya kau satu di dunia bertahta di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih tak dapat ku membalas hadirnya restumu ibu membawa ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu…

warkah buat ayah

Telah berdiri seorang lelaki hidup berkekal kecengkalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kemenangan.
Berkiun sudah kau merintis jalan, bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati……


wahai anak perantau

Perantau ,
sanggup kau berjuang
Tabahkanlah hatimu… berjuanglah di rantau orang
Sedih dan pilu di hati hanya kau yang tahu

Ingatan ayah dan ibu janganlah sampai menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangamu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang membela nasib diri, keluarga dan saudara
Terus membela menuntut ilmu dan janji, pasti islam kan gemilang lagi
Tapi perantau kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang kerana itulah syarat dalam berjuang.
Wahai perantau yang sedang berjuang
Di mana pun pasti ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal akan tuhan nya
Pasti kasih sayang menunggu di hujungnya.

Friday, November 5, 2010

~AkU DIUji DgN LaPtOp kEsYgAn kU~

Malam itu (4/11/2010), selesai sahaja program solat hajat perdana imtihan@e aku terus bergerak balik ke bilik. Bersihkan diri dan terus bergerak menuju ke meja study aku. Masih ada satu assignment yang masih belum aku siapkan. Aku duduk dan mula hidupkan laptop ku. Mencari idea kan menyiapkan assignment ku yang masih tertunda. Alhamdullilah. Setelah hampir 2 jam aku bertungkus lumus akhirnya assignment Amerika Latin mampu aku siapkan. Badan terasa penat setelah seharian aku bertungkus lumus menjayakan program dari malam sebelumnya. Apa-apa pun aku bersyukur ke hadrat Allah dan gembira kerana ianya Berjaya dengan lancarnya.


Keesokkannya,(5/11/2010) pagi itu, Seperti biasa siapkan diri, dan mencuci pakaian. Selesai sahaja aku siapakan diri, aku duduk kembali di meja study. On kan semula laptop. Tapi tertendang. On kan kembali. Masih juga tidak boleh. “Emm, pelik.. malam tadi ok je”, kata ku sendirian. Tak pe la. Mungkin laptop ku masih mahu berrehat. Silakan. Rehat lah sepuasnya dahulu. Aku terus bergerak menuju ke bilik kawanku untuk sama-sama berjalan kaki menuju ke CIMB Bank. Uruskan wang aktiviti yang masih tertunda. Kami berjalan kaki kerana bas xde ari nie, cuti semperna deepavali. Emm.. hampir 20 minit berjalan akhirnya sampai dan uruskan segala y masih tertunggak. Kemudian pulang. Semasa perjalanan matahari tegak berdiri diatas kepala. Suara dari masjid kedengaran, menandakan khubah jumaat dibacakan untuk para muslimin yang sedang mengerjakan ibadat fardu ain setiap tibanya hari jumaat. Sampai di bilik aku bersihkan diri untuk solat zuhur. Selesai sahaja solat, aku bersiap untuk ke Alamesra. Aku sudah berjanji dengan noraini, wan ju, nadia, fiza, nizam, hafiz dan ikwan untuk sama-sama pergi menempah baju disana. Semasa bersiap aku teringat akan laptop ku. Aku duduk dan cuba on kan kembali laptopku, dengn harapan ianya Berjaya seperti sedia kala, namun setelah beberapa kali mencuba ianya tetap hampa.

Aku biarkan sahaja, mungkin laptop ku masih mahu beristirehat. Aku melangkahkan kaki ke Almesra dengan perasaan yang bercampur bau. “kenapa laptop ku masih belum bangun dari tidurnya, tidak pernah dia tidur selama ini”. Aku mula risau akan laptop ku. Namun aku tidak mahu rosakkan suasana semasa bergembira bersama rakan-rakan ku. Masalah laptopku aku buangkan jauh-jauh dari fikiran ku dahulu. Dengan harapan setibanya aku pulang dari Alamesra pasti laptop ku sudar sedar seperti sediakala.

Jam 9 malam aku tiba di bilikku. Aku bergegas mendapatkan laptop ku. Aku berdoa pada Allah agar laptop ku cepat sedar dan bangun setelah aku kejutkanya daari tidur. Aku cuba on. Cuba dan cuba, namun keputusannya tetap hampa. Aku panic dan cuba mencari idea. Alamak macam mana kalo laptopku tidak dapat di dihidupkan lagi. Assignment aku masih ada 2 yang aku sudah siapkan tapi belum dihantar. AMERIKA LATIN dan KESELAMATAN.

Aku telefon ayah, menceritakan permasalahan. Aku menyuruh aku menghubungi abang sulongku. Mungkin abang tahu. Aku call abg sulung ku. “alamak asal xdpt nie?”. Aku call ayah semuala, kalo xdpt call along, call angah sbb along ada sama angah. Diaorg ngah memancing ikan. Emm’ aku call abg kedua ku. Emm dapat.. aku cerita kan masalah aku pada abg sulung ku… abg aku menyuruh aku membuka ram laptopku. Utk dibaiki. Aku sahut cabaran itu

Tp aku xkenal apa itu ram. Aku call mmbr aku nizam Tanya mcmmana rupa bentuk ram. Nizam menerangkan RAM dan menyuruh aku membuka laptop menggunakan skru driver. Tp aku tiada alatan itu. Akhirnya aku ke bilik kwn ku meminjam pisau. Aku buka laptop ku di bilik mmbr ku hafizah dgn menggunakan pisau. Setelah aku buka, aku masih tidak dapat kenal rupa bentuk RAM. Aku call mmbr ku dayang hanisah. Dayg datang dan cuba mencari RAM. Sukar bg kami. Akhirnya kami mencari gambar RAM di internet. Emm, sudah dapat dikenal pasti. Utk membuka RAM pula adalah satu masalah bagi kami, akhirnya aku menelefon abg izhar, bekas student kejureteraan di UMS. Dia memberitahu cara membuka RAM. Akhir aku dan kawanku Berjaya membuka RAM. Setelah aku mencuci dan selesaikan apa yang perlu. Aku pasangkan kembali RAM di laptop ku dengan harapan semuanya akan sempuran tetapi, emm masih gagal. Aku call kembali abg izhar, dia menerangkan padaku utk mencuba mengadaikan laptop mmbr utk dijadikan bhn experiment, adakah lapotop ku bermaalah pd RAM atau buka. Kwn ku hafizah sedia memberikan laptopnya utk dijadikan bhn experiment. Aku buka dan cuba masukkan RAM mmber ku di laptop ku.. kali ini dengan menggnakan skru driver setelah mmbr ku dyg hanisah mencarinya.. mudah sekali kerja kali ini. Seth ditukarkan RAM tersebut, mmg laptop aku boleh digunakan .. aku mmg bermaslh pd ram. Aku cuba baiki RAM laptop ku. Setlh hampr 30 minit berhempas pulas. Akhirnya, alhamdullilah, laptopku Berjaya dihidupkan semula. Dia sudah bangun dan berfungsi seperti sedia kala. Rupa-rupanya dia Cuma demam sikit sahaja. Hehehe.. kini, ia sudah berfungsi seperti sediakala. Aku sgt gembira. Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang membantu aku dalam membaiki laptopku..

Kini, aku sudah mempunyai pengalaman baru dalam membaiki laptop.. :P lepas nie leh laa buka kedai baiki laptop.. hehe..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ayah, along, angah, nizam, hafizah, dayang hanisah ,abg izahar, huda dan kak finas…

Lepas nie aku kne jugak kormat laptop walaupun dulu aku pernah berkeras utk tidak mahu menformat laptopku….

0 comments: