Ada Apa Dengan Cinta?
... Pahit tapi bukan hempedu, Manis tp bukan madu....
bercinta dan menemui insan untuk bercinta memang mudah. jumpa, tangkap dan muat.. tapi begitukah cinta? cinta lahir atas sebuah perasaan suci yang wujud dari dalam diri... berkata memang mudah, laksanakan, sukar... bercintalah selagi ada rasa cinta. jangan sampai satu ketika cinta yang ingin kau hampiri berubah menjadi derita kerana tindakan yang mengabaikan cinta..
kata orang cinta sebuah pengorbanan... namun, andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kotak kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
mungkinkah cinta semestinya berakhir dengan pernikahan?
cinta tidak semestinya diakhiri dengan pernikahan tapi diakhiri dengan kematian... biarkan cinta tumbuh di hati walaupun ia bukan milik kita... Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
dan ingatlah bahawa persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
oleh itu, persoalan kepada apakah sebenarnya cinta itu? diringkaskan kepada. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.
"jika ku diberikan lagi kelewatan waktu biarlah naiwaitu di jendela diri menyambut lembut pengalaman merimbun embun tak ku menjadi sisa masa lalu, jika ku diberikan peribadi biarlah lorong diri dijaga cahaya akar yang membersih mensaujana sinar…"
SiaPaLAh aKu UnTUk BeRsUaRa mAkA AkU mEnUliS....
Kekadang aku hairan dengan diri sendiri...Tika diri mengatakan dosaku menggunung, tapi tetap angkuh untuk bertaubat. Tika diri mengatakan aku akan bertaubat tetap berulang lakukan dosa.tika diriku katakn islam itu matlamat, tapi tetap longlai tak bersemangat. Adakah aku layak menjadi pejuang agama-Mu?Adakah aku layak mendamba syurga-Mu? YA ALLAH...Pimpinlah aku agar aku selalu di jalan-MU...AMIN....
Dalam keserabutan minda, aku mengungkap tanda persoalan. Melerai angin arah tentangan. Tersusun indah tercipta rentak. Akhirnya lukisan bercorak indah ku gengam…

Damba cinta-Mu
Saat harapan ku lontarkan, diri pula menjadi sesal.
Takkala cinta mereka ungkapkan aku luahkan rahsia terpendam.
Mengharap penghayatan darimu, namun penyesalan aku terima
Tiada balasan kejujuran yang ada hanya alasan ukiran.
Harapan pasti tinggal harapan.
Takkala langkahku tersilap rentak
Aku mahu beralih arah di saat itu
Takkala aku belum dimilikki dan cinta masih tak bertahta
Takkala suara masih belum bergema kerana kepalsuan terukir lagi…
Seribu nada aku genggam, dinihari mengunggkap seribu kepalsuan
Aku malu dalam pilu, saat cinta aku miliki namun belum pasti kehadirannya
Aku memohon agar cinta ini berkekalan
Kerana hamba-Mu ini sering mendamba cinta dirimu ILLAHI…
Masihkan ada tempat, untuk diri mengisi kekosongan yang bergelora
Dalam perang dihati, konflik di jiwa ini…
Kau pimpinlah diriku bukan lagi hanya di hujung jari.

itulah kasih yang ku damba

belaian ibu
Terjana naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Wahai ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur pergorbanan tak ku nafikan.
Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari memdakapimu penuh girang
Pasir putih kehilangan.
Kau insan penyayang, betapa ku merinduimu ibu membuat ku terlena
Ku pastikan dikau aman di dunia sejahtera tak ku lupakan.
Di wajah mu berolah tenang
Sebak di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu, hanya kau satu di dunia bertahta di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih tak dapat ku membalas hadirnya restumu ibu membawa ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu…

warkah buat ayah
Telah berdiri seorang lelaki hidup berkekal kecengkalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kemenangan.
Berkiun sudah kau merintis jalan, bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati……

wahai anak perantau
Perantau ,
sanggup kau berjuang
Tabahkanlah hatimu… berjuanglah di rantau orang
Sedih dan pilu di hati hanya kau yang tahu
Ingatan ayah dan ibu janganlah sampai menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangamu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang membela nasib diri, keluarga dan saudara
Terus membela menuntut ilmu dan janji, pasti islam kan gemilang lagi
Tapi perantau kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang kerana itulah syarat dalam berjuang.
Wahai perantau yang sedang berjuang
Di mana pun pasti ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal akan tuhan nya
Pasti kasih sayang menunggu di hujungnya.

Tuesday, March 6, 2012
~SeJenaK TenTang Cinta~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Caesars, Unibet, Unibet, Unibet, Unibet, Unibet, Unibet,
The latest Caesars, Unibet, 바카라배팅 Unibet, Unibet, Unibet, Unibet, Unibet, Unibet, 바카라필승전략 Unibet, Unibet, zohaibqadeercouture.com Unibet, Unibet, Unibet, 온라인바카라사이트 Unibet, Unibet, Unibet, luckyclub.live
Post a Comment