Surah ar R'ad Ayat 39.
(Sambil tangan pegang kepala atau dada (hati) , lepas baca buangkan jauh-jauh)
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan ia jua menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu Segala Suratan".
dan cuba amalkan beberapa tips bagi melupakan seseorang :
(bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al- Haj)
1) buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dll. bukan x menghargai pemberiaannya tetapi x mahu lagi terkenang-kenangkannya.
2) kenang kejahatannya lebih dari kebaikkanya. bukan dia banyak buat kejahatan tetapi tak mahu nanti kebaikannya membatasi untuk kita melupakannya.
3) anggap dia dijadikan bukan untuk anda. dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
4) percaya pada jodoh, takdir dan hikmah disebalik perpisahan dan apa yang terjadi. pasti ada hikmahnya.
5) carilah pengganti. usah setia pada prinsip yang lapuk yang akan merugikan anda. hidup perlu diteruskan dan diuruskan dengan baik.
6)usah biarkan hati digayut rindu dan pilu
7) elakkan kerap bersendirian. keluarlah dan aktifkan diri.
8) anngap dia x pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
9) faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
10) mohon pada Allah supaya dia lenyap dari fikiran anda
* seterusnya bertawakal pada Allah. Insyaallah pasti ada kelegaan pada diri.

































