? ??????????????Digital Distortion? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??46 Grabs Today. 2497 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 3.9 (10 Ratings)??44 Grabs Today. 16934 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Cry BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
"jika ku diberikan lagi kelewatan waktu biarlah naiwaitu di jendela diri menyambut lembut pengalaman merimbun embun tak ku menjadi sisa masa lalu, jika ku diberikan peribadi biarlah lorong diri dijaga cahaya akar yang membersih mensaujana sinar…"
SiaPaLAh aKu UnTUk BeRsUaRa mAkA AkU mEnUliS....
Kekadang aku hairan dengan diri sendiri...Tika diri mengatakan dosaku menggunung, tapi tetap angkuh untuk bertaubat. Tika diri mengatakan aku akan bertaubat tetap berulang lakukan dosa.tika diriku katakn islam itu matlamat, tapi tetap longlai tak bersemangat. Adakah aku layak menjadi pejuang agama-Mu?Adakah aku layak mendamba syurga-Mu? YA ALLAH...Pimpinlah aku agar aku selalu di jalan-MU...AMIN....
Dalam keserabutan minda, aku mengungkap tanda persoalan. Melerai angin arah tentangan. Tersusun indah tercipta rentak. Akhirnya lukisan bercorak indah ku gengam…

Damba cinta-Mu

Saat harapan ku lontarkan, diri pula menjadi sesal.
Takkala cinta mereka ungkapkan aku luahkan rahsia terpendam.
Mengharap penghayatan darimu, namun penyesalan aku terima
Tiada balasan kejujuran yang ada hanya alasan ukiran.
Harapan pasti tinggal harapan.
Takkala langkahku tersilap rentak
Aku mahu beralih arah di saat itu
Takkala aku belum dimilikki dan cinta masih tak bertahta
Takkala suara masih belum bergema kerana kepalsuan terukir lagi…
Seribu nada aku genggam, dinihari mengunggkap seribu kepalsuan
Aku malu dalam pilu, saat cinta aku miliki namun belum pasti kehadirannya
Aku memohon agar cinta ini berkekalan
Kerana hamba-Mu ini sering mendamba cinta dirimu ILLAHI…
Masihkan ada tempat, untuk diri mengisi kekosongan yang bergelora
Dalam perang dihati, konflik di jiwa ini…
Kau pimpinlah diriku bukan lagi hanya di hujung jari.

itulah kasih yang ku damba

itulah kasih yang ku damba

belaian ibu

Terjana naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Wahai ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur pergorbanan tak ku nafikan.
Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari memdakapimu penuh girang
Pasir putih kehilangan.
Kau insan penyayang, betapa ku merinduimu ibu membuat ku terlena
Ku pastikan dikau aman di dunia sejahtera tak ku lupakan.
Di wajah mu berolah tenang
Sebak di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu, hanya kau satu di dunia bertahta di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih tak dapat ku membalas hadirnya restumu ibu membawa ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu…

warkah buat ayah

Telah berdiri seorang lelaki hidup berkekal kecengkalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kemenangan.
Berkiun sudah kau merintis jalan, bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati……


wahai anak perantau

Perantau ,
sanggup kau berjuang
Tabahkanlah hatimu… berjuanglah di rantau orang
Sedih dan pilu di hati hanya kau yang tahu

Ingatan ayah dan ibu janganlah sampai menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangamu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang membela nasib diri, keluarga dan saudara
Terus membela menuntut ilmu dan janji, pasti islam kan gemilang lagi
Tapi perantau kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang kerana itulah syarat dalam berjuang.
Wahai perantau yang sedang berjuang
Di mana pun pasti ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal akan tuhan nya
Pasti kasih sayang menunggu di hujungnya.

Friday, April 13, 2012

~HujAn dAn PeLaNGi~

Andai kasturi hilang harum, mawar ak berkuntum, cinta tak bersambung;
Biar emas setinggi gunung, kan ku peluk rimbun ampun, rahmat-MU yang maha agung……

Hidup,
Kadang kala kita mengharapkan hadirnya matahari, namun Allah datangkan hujan. Kita seringkali salahkan takdir, namun kita lupa bahawa Allah ingin datangkan kita pelangi yang indah selepas perginya hujan..
Begitu indahnya perancangan tuhan, kadang kala kita tidak Nampak aturan ini. Apa yang ingin dikesalkan lagi, kerana segalanya telah berlalu. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Aku pasti!!!
tidak semua apa yang aku inginkan aku akan dapat...xsemua yang aku hajati akan aku miliki ...xsemua yang aku impikan akan menjadi kenyataan ...suka atau tidak ...aku kena belajar menerima hakikat tersebut ...memang terasa pahit tetapi harus di telan ...keredhaan dan berserah sepenuh kepada ketentuan Allah adalah kunci kegembiraan ...agar aku tidak terlalu bersedih apabila hidup seakan akan bukan berpihak kpd aku ...aku yakin
namun aku juga manusia kadangkala lupa ...hanya akan menghargai sesuatu apabila ia telah tiada...mengingati sesuatu yang telah pergi...mula terasa rindu setelah kehilangan....mula tercari cari apabila sesuatu yang selama ini selalu di depan mata sudah mula berlalu jauh dari pandangan...kenapa aku begitu ...kerana aku selalu menganggap sesuatu yang Allah kurniakan itu akan menjadi hak milik kekal aku ...hakikatnya tidak ...semuanya adalah sementara...pinjaman semata mata ...sampai masanya ia akan kembali kepada pemilik kekalnya ...terasa ada penyesalan ...namun kesempatan biasanya tidak datang berkali kali ....
semoga tuhan berikan aku kesempatan menghargai semua kurniaan.... sementara ia masih menjadi milik aku ...berikan aku kekuatan tuhan utk menjaganya sebaik mungkin... kerana aku percaya pada kasihnya Allah…  kiranya kali ini aku akan menagis lagi bersama sebuah penyesalan yang akan datang???

0 comments: