Ya Allah Jika telah Engkau catat dan takdirkan dia tercipta untukku,Satukanlah kami dengan ikatan suci dan diredhai...... titipkanlah kami kebahagiaan agar kemesraan itu abadi.....
Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihi,
seiringkanlah kami dalam melayari kehidupan ini ketepian yang sejahtera dan abadi... Maka Kau jodohkanlah kami....
Tetapi Ya Allah,
seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti, berikalah kepadaku kekuatan untuk menolak bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang merah agat aku sentiasa tenang walau tanpa bersamanya...
Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu, dan kurniakanlah aku pengganti yang jauh lebih baik darinya.. sesungguhnya, apa yang telah Engkau takdirkan adalah yan terbaik untukku. sesungguhnya Engkau maha mengetahui... Amin Ya Robbal Alaminnn.....
Satukanlah kami dengan ikatan yang suci
~pemberian mas kahwin adalah lambang pada akad nikah yang nilainya bukan terletak pada besar atau kecil tetapi di dalamnya terjunjung erat perasaan Si suami yang berkeinginan untuk memuliakan teman barunya itu.... sebaik-baik mas kahwin adalah rendah nilainya, supaya tidak menjadi kemudaratan dan bebanan bai pihak lelaki menyediakannya, Namun tidak pula terlalu rendah sehingga menjatuhkan martabat wanita.~
"Berikanlahmas kahwin kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberiaan yang wajib. kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah(ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang enak lagi baik akibatnya". (An-Nisa:4)
..................DI mana letaknya kepentingan Mas kahwin itu dalam hubungan yang terjalin antara kedua-dua pasangan yang hendak melayari rumah tangga???.............................
pemberian mahar sebenarnya memberi implikasi yang sangat halus lagi indah dalam menabur dan menyubur benih cinta antara pasangan yang akan memulakan hidup baru. ianya juga haruslah sesuai dengan kemampuan yang memberi kerana syariat tidak menentukan atau menghadkan pemberian mas kahwin itu sama ada sedikit atau banyak. oleh hal yang demikian, berilah mas kahwin seiklas hatimu dan bagi wanita terimalah pemberiannya juga dengan ikhlas.
..MAHAR UNTUKKU....
Inilah maharku untukmu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cintaku
Maharku untukmu tulus ku serahkan
Kepada dirimu satu yang ku pilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu
....SEMOGA ALLAH MEMBERKATI....
Damba cinta-Mu
Takkala cinta mereka ungkapkan aku luahkan rahsia terpendam.
Mengharap penghayatan darimu, namun penyesalan aku terima
Tiada balasan kejujuran yang ada hanya alasan ukiran.
Harapan pasti tinggal harapan.
Takkala langkahku tersilap rentak
Aku mahu beralih arah di saat itu
Takkala aku belum dimilikki dan cinta masih tak bertahta
Takkala suara masih belum bergema kerana kepalsuan terukir lagi…
Seribu nada aku genggam, dinihari mengunggkap seribu kepalsuan
Aku malu dalam pilu, saat cinta aku miliki namun belum pasti kehadirannya
Aku memohon agar cinta ini berkekalan
Kerana hamba-Mu ini sering mendamba cinta dirimu ILLAHI…
Masihkan ada tempat, untuk diri mengisi kekosongan yang bergelora
Dalam perang dihati, konflik di jiwa ini…
Kau pimpinlah diriku bukan lagi hanya di hujung jari.
itulah kasih yang ku damba
belaian ibu
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Wahai ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur pergorbanan tak ku nafikan.
Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari memdakapimu penuh girang
Pasir putih kehilangan.
Kau insan penyayang, betapa ku merinduimu ibu membuat ku terlena
Ku pastikan dikau aman di dunia sejahtera tak ku lupakan.
Di wajah mu berolah tenang
Sebak di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu, hanya kau satu di dunia bertahta di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih tak dapat ku membalas hadirnya restumu ibu membawa ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu…
warkah buat ayah
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kemenangan.
Berkiun sudah kau merintis jalan, bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati……
wahai anak perantau
sanggup kau berjuang
Tabahkanlah hatimu… berjuanglah di rantau orang
Sedih dan pilu di hati hanya kau yang tahu
Ingatan ayah dan ibu janganlah sampai menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangamu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang membela nasib diri, keluarga dan saudara
Terus membela menuntut ilmu dan janji, pasti islam kan gemilang lagi
Tapi perantau kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang kerana itulah syarat dalam berjuang.
Wahai perantau yang sedang berjuang
Di mana pun pasti ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal akan tuhan nya
Pasti kasih sayang menunggu di hujungnya.
Sunday, December 30, 2012
~sAAt aKu Kau PiLih~ (MAHAR UNTUKKU)
Posted by rindu yang usang at 3:08 AM 0 comments
Labels: Dikongsi bersama
Saturday, November 24, 2012
~AkU dAn Dia~
Posted by rindu yang usang at 6:52 AM 0 comments
Labels: luahan hati
Friday, April 27, 2012
DOA DAN TIPS UNTUK MELUPAKAN SESEORANG.
Surah ar R'ad Ayat 39.
(Sambil tangan pegang kepala atau dada (hati) , lepas baca buangkan jauh-jauh)
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan ia jua menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu Segala Suratan".
dan cuba amalkan beberapa tips bagi melupakan seseorang :
Posted by rindu yang usang at 5:12 PM 0 comments
Thursday, April 26, 2012
~sandiwara~
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau kata apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi menitis
Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas
Ku terima walau sakit hati
ku tak pernah mencintaimu
mungkin semua kan berbeza
takkan pernah terjadi kisah kita
andaikan dulu ...
kau tak pernah mencintaiku
mungkin semua kan berbeza
takkan pernah kurasakan duka
kubiarkan semua
yang telah terjadi biarlah ..
kusedari semua
bahwa memang cintamu bukan untukku ...
Telah kuberikan cintaku
telah kuberikan sayangku
namun nyatanya kau
tak pernah menerima ...
semua kisah tentang kita berdua
saat egomu menguasai seluruh fikiranku ini
jika kau bayangkan angkuhnya dirimu itu
saat kau merasa kau raja
diatas semuanya ... diatas semua cinta
dan cubalah kau memahami
tapi aku juga disini
merasakan hal yang sama pada dirimu
Mungkin nanti jika aku mati
sesalmu akan abadi
merasuki fikiranmu
Posted by rindu yang usang at 8:59 AM 0 comments
~DoA pERpIsaHan~
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu
Posted by rindu yang usang at 8:57 AM 0 comments
Wednesday, April 25, 2012
~MungKin Nanti-Peter Pan~
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini
Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini
Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri
Posted by rindu yang usang at 7:17 AM 0 comments
Setahun Bersama Cinta Palsu Ini!!!
Posted by rindu yang usang at 7:11 AM 0 comments
Friday, April 13, 2012
~HujAn dAn PeLaNGi~
Posted by rindu yang usang at 8:00 AM 0 comments
Labels: luahan hati
Friday, March 23, 2012
~Di mana letaknya diriku di hatinya?~
Posted by rindu yang usang at 6:23 AM 0 comments
Labels: luahan hati
Wednesday, March 14, 2012
~tawar~
sejak dua menjak nie hatiku rasa lain.. mungkin sudah hilang kemanisannya.. tak pa laa, mungkin ni satu ujian dan pengajaran buat aku.. bagi aku perjuangan nie masih belum selesai, masih belum temui titik noktahnya. aku harus belajar dan terus belajar.. sebab satu masa aku harus mengajar, mendidik hati ini. andai ini penghujung bagi hubungan kita, aku terima. kerana aku tak nak mengalah dan tak nak dikalahkan. egokah aku?? entahlah. aku sendiri pun tak tahu.. kadang-kadang aku akui itu semua. aku memang egois. tapi semuanya bersebab.. ahh, lantaklah pe dorang semua nak cakap!!!. yang penting aku happy.. aku nak cipta hidup aku dengan mencoroknya ikut design yang aku suka.. pe hal ko?? suka hati aku laa kene ke tak.. aku punya suka la hidup aku... haaaa... jiwa kacau lagi.. mod jiwa kacau nie bile nak pergi entah.. tunggulah sampai aku bukan hidup sorang2 lagi... hahahaha.... perrrghhh!!!
Posted by rindu yang usang at 6:46 AM 0 comments
Labels: luahan hati
Friday, March 9, 2012
10 Ciri-Ciri LELAKI KASANOVA
1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun haris di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya
2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa
3. lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.
4. sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.
5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
6. Baru kenal tidak samapai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.
7. Apabila keluar dengannya, saya selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengans emua orang.
8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha... alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.
9. lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.
10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.
( diambil dari http://www.sioloon.com/t5740-10-ciri-ciri-lelaki-kasanovabyvip_usernur )
Posted by rindu yang usang at 8:06 PM 0 comments
Labels: Dikongsi bersama
Wednesday, March 7, 2012
~Dari HatIku kINi kU Sedari~
BuKaN Semua suami sayangkan isteri....
lebihkan kerjaya daripada ...........................
jangan salahkan aku jika suatu hari nanti .............................
punca perceraian di Malaysia.............
Posted by rindu yang usang at 8:52 PM 0 comments
Labels: luahan hati
Tuesday, March 6, 2012
~SeJenaK TenTang Cinta~
Ada Apa Dengan Cinta?
... Pahit tapi bukan hempedu, Manis tp bukan madu....
bercinta dan menemui insan untuk bercinta memang mudah. jumpa, tangkap dan muat.. tapi begitukah cinta? cinta lahir atas sebuah perasaan suci yang wujud dari dalam diri... berkata memang mudah, laksanakan, sukar... bercintalah selagi ada rasa cinta. jangan sampai satu ketika cinta yang ingin kau hampiri berubah menjadi derita kerana tindakan yang mengabaikan cinta..
kata orang cinta sebuah pengorbanan... namun, andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kotak kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
mungkinkah cinta semestinya berakhir dengan pernikahan?
cinta tidak semestinya diakhiri dengan pernikahan tapi diakhiri dengan kematian... biarkan cinta tumbuh di hati walaupun ia bukan milik kita... Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
dan ingatlah bahawa persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
oleh itu, persoalan kepada apakah sebenarnya cinta itu? diringkaskan kepada. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.
Posted by rindu yang usang at 7:31 AM 1 comments
Labels: cinta


































