? ??????????????Digital Distortion? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??46 Grabs Today. 2497 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 3.9 (10 Ratings)??44 Grabs Today. 16934 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Cry BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
"jika ku diberikan lagi kelewatan waktu biarlah naiwaitu di jendela diri menyambut lembut pengalaman merimbun embun tak ku menjadi sisa masa lalu, jika ku diberikan peribadi biarlah lorong diri dijaga cahaya akar yang membersih mensaujana sinar…"
SiaPaLAh aKu UnTUk BeRsUaRa mAkA AkU mEnUliS....
Kekadang aku hairan dengan diri sendiri...Tika diri mengatakan dosaku menggunung, tapi tetap angkuh untuk bertaubat. Tika diri mengatakan aku akan bertaubat tetap berulang lakukan dosa.tika diriku katakn islam itu matlamat, tapi tetap longlai tak bersemangat. Adakah aku layak menjadi pejuang agama-Mu?Adakah aku layak mendamba syurga-Mu? YA ALLAH...Pimpinlah aku agar aku selalu di jalan-MU...AMIN....
Dalam keserabutan minda, aku mengungkap tanda persoalan. Melerai angin arah tentangan. Tersusun indah tercipta rentak. Akhirnya lukisan bercorak indah ku gengam…

Damba cinta-Mu

Saat harapan ku lontarkan, diri pula menjadi sesal.
Takkala cinta mereka ungkapkan aku luahkan rahsia terpendam.
Mengharap penghayatan darimu, namun penyesalan aku terima
Tiada balasan kejujuran yang ada hanya alasan ukiran.
Harapan pasti tinggal harapan.
Takkala langkahku tersilap rentak
Aku mahu beralih arah di saat itu
Takkala aku belum dimilikki dan cinta masih tak bertahta
Takkala suara masih belum bergema kerana kepalsuan terukir lagi…
Seribu nada aku genggam, dinihari mengunggkap seribu kepalsuan
Aku malu dalam pilu, saat cinta aku miliki namun belum pasti kehadirannya
Aku memohon agar cinta ini berkekalan
Kerana hamba-Mu ini sering mendamba cinta dirimu ILLAHI…
Masihkan ada tempat, untuk diri mengisi kekosongan yang bergelora
Dalam perang dihati, konflik di jiwa ini…
Kau pimpinlah diriku bukan lagi hanya di hujung jari.

itulah kasih yang ku damba

itulah kasih yang ku damba

belaian ibu

Terjana naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Wahai ibu, di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur pergorbanan tak ku nafikan.
Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari memdakapimu penuh girang
Pasir putih kehilangan.
Kau insan penyayang, betapa ku merinduimu ibu membuat ku terlena
Ku pastikan dikau aman di dunia sejahtera tak ku lupakan.
Di wajah mu berolah tenang
Sebak di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu, hanya kau satu di dunia bertahta di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih tak dapat ku membalas hadirnya restumu ibu membawa ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang berpanjangan darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu oh ibu…

warkah buat ayah

Telah berdiri seorang lelaki hidup berkekal kecengkalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kemenangan.
Berkiun sudah kau merintis jalan, bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati……


wahai anak perantau

Perantau ,
sanggup kau berjuang
Tabahkanlah hatimu… berjuanglah di rantau orang
Sedih dan pilu di hati hanya kau yang tahu

Ingatan ayah dan ibu janganlah sampai menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangamu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang membela nasib diri, keluarga dan saudara
Terus membela menuntut ilmu dan janji, pasti islam kan gemilang lagi
Tapi perantau kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang kerana itulah syarat dalam berjuang.
Wahai perantau yang sedang berjuang
Di mana pun pasti ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal akan tuhan nya
Pasti kasih sayang menunggu di hujungnya.

Friday, November 5, 2010

~AkU DIUji DgN LaPtOp kEsYgAn kU~

Malam itu (4/11/2010), selesai sahaja program solat hajat perdana imtihan@e aku terus bergerak balik ke bilik. Bersihkan diri dan terus bergerak menuju ke meja study aku. Masih ada satu assignment yang masih belum aku siapkan. Aku duduk dan mula hidupkan laptop ku. Mencari idea kan menyiapkan assignment ku yang masih tertunda. Alhamdullilah. Setelah hampir 2 jam aku bertungkus lumus akhirnya assignment Amerika Latin mampu aku siapkan. Badan terasa penat setelah seharian aku bertungkus lumus menjayakan program dari malam sebelumnya. Apa-apa pun aku bersyukur ke hadrat Allah dan gembira kerana ianya Berjaya dengan lancarnya.


Keesokkannya,(5/11/2010) pagi itu, Seperti biasa siapkan diri, dan mencuci pakaian. Selesai sahaja aku siapakan diri, aku duduk kembali di meja study. On kan semula laptop. Tapi tertendang. On kan kembali. Masih juga tidak boleh. “Emm, pelik.. malam tadi ok je”, kata ku sendirian. Tak pe la. Mungkin laptop ku masih mahu berrehat. Silakan. Rehat lah sepuasnya dahulu. Aku terus bergerak menuju ke bilik kawanku untuk sama-sama berjalan kaki menuju ke CIMB Bank. Uruskan wang aktiviti yang masih tertunda. Kami berjalan kaki kerana bas xde ari nie, cuti semperna deepavali. Emm.. hampir 20 minit berjalan akhirnya sampai dan uruskan segala y masih tertunggak. Kemudian pulang. Semasa perjalanan matahari tegak berdiri diatas kepala. Suara dari masjid kedengaran, menandakan khubah jumaat dibacakan untuk para muslimin yang sedang mengerjakan ibadat fardu ain setiap tibanya hari jumaat. Sampai di bilik aku bersihkan diri untuk solat zuhur. Selesai sahaja solat, aku bersiap untuk ke Alamesra. Aku sudah berjanji dengan noraini, wan ju, nadia, fiza, nizam, hafiz dan ikwan untuk sama-sama pergi menempah baju disana. Semasa bersiap aku teringat akan laptop ku. Aku duduk dan cuba on kan kembali laptopku, dengn harapan ianya Berjaya seperti sedia kala, namun setelah beberapa kali mencuba ianya tetap hampa.

Aku biarkan sahaja, mungkin laptop ku masih mahu beristirehat. Aku melangkahkan kaki ke Almesra dengan perasaan yang bercampur bau. “kenapa laptop ku masih belum bangun dari tidurnya, tidak pernah dia tidur selama ini”. Aku mula risau akan laptop ku. Namun aku tidak mahu rosakkan suasana semasa bergembira bersama rakan-rakan ku. Masalah laptopku aku buangkan jauh-jauh dari fikiran ku dahulu. Dengan harapan setibanya aku pulang dari Alamesra pasti laptop ku sudar sedar seperti sediakala.

Jam 9 malam aku tiba di bilikku. Aku bergegas mendapatkan laptop ku. Aku berdoa pada Allah agar laptop ku cepat sedar dan bangun setelah aku kejutkanya daari tidur. Aku cuba on. Cuba dan cuba, namun keputusannya tetap hampa. Aku panic dan cuba mencari idea. Alamak macam mana kalo laptopku tidak dapat di dihidupkan lagi. Assignment aku masih ada 2 yang aku sudah siapkan tapi belum dihantar. AMERIKA LATIN dan KESELAMATAN.

Aku telefon ayah, menceritakan permasalahan. Aku menyuruh aku menghubungi abang sulongku. Mungkin abang tahu. Aku call abg sulung ku. “alamak asal xdpt nie?”. Aku call ayah semuala, kalo xdpt call along, call angah sbb along ada sama angah. Diaorg ngah memancing ikan. Emm’ aku call abg kedua ku. Emm dapat.. aku cerita kan masalah aku pada abg sulung ku… abg aku menyuruh aku membuka ram laptopku. Utk dibaiki. Aku sahut cabaran itu

Tp aku xkenal apa itu ram. Aku call mmbr aku nizam Tanya mcmmana rupa bentuk ram. Nizam menerangkan RAM dan menyuruh aku membuka laptop menggunakan skru driver. Tp aku tiada alatan itu. Akhirnya aku ke bilik kwn ku meminjam pisau. Aku buka laptop ku di bilik mmbr ku hafizah dgn menggunakan pisau. Setelah aku buka, aku masih tidak dapat kenal rupa bentuk RAM. Aku call mmbr ku dayang hanisah. Dayg datang dan cuba mencari RAM. Sukar bg kami. Akhirnya kami mencari gambar RAM di internet. Emm, sudah dapat dikenal pasti. Utk membuka RAM pula adalah satu masalah bagi kami, akhirnya aku menelefon abg izhar, bekas student kejureteraan di UMS. Dia memberitahu cara membuka RAM. Akhir aku dan kawanku Berjaya membuka RAM. Setelah aku mencuci dan selesaikan apa yang perlu. Aku pasangkan kembali RAM di laptop ku dengan harapan semuanya akan sempuran tetapi, emm masih gagal. Aku call kembali abg izhar, dia menerangkan padaku utk mencuba mengadaikan laptop mmbr utk dijadikan bhn experiment, adakah lapotop ku bermaalah pd RAM atau buka. Kwn ku hafizah sedia memberikan laptopnya utk dijadikan bhn experiment. Aku buka dan cuba masukkan RAM mmber ku di laptop ku.. kali ini dengan menggnakan skru driver setelah mmbr ku dyg hanisah mencarinya.. mudah sekali kerja kali ini. Seth ditukarkan RAM tersebut, mmg laptop aku boleh digunakan .. aku mmg bermaslh pd ram. Aku cuba baiki RAM laptop ku. Setlh hampr 30 minit berhempas pulas. Akhirnya, alhamdullilah, laptopku Berjaya dihidupkan semula. Dia sudah bangun dan berfungsi seperti sedia kala. Rupa-rupanya dia Cuma demam sikit sahaja. Hehehe.. kini, ia sudah berfungsi seperti sediakala. Aku sgt gembira. Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang membantu aku dalam membaiki laptopku..

Kini, aku sudah mempunyai pengalaman baru dalam membaiki laptop.. :P lepas nie leh laa buka kedai baiki laptop.. hehe..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ayah, along, angah, nizam, hafizah, dayang hanisah ,abg izahar, huda dan kak finas…

Lepas nie aku kne jugak kormat laptop walaupun dulu aku pernah berkeras utk tidak mahu menformat laptopku….

Tuesday, August 31, 2010

when a girl says......

When a girl is quiet, millions of things are running in her mind.

When a girl is not arguing, she is thinking deeply.

When a girl looks at u with eyes full of questions, she is wondering how long you will be around.

When a girl answer “I’m fine” after a few seconds, she is not all fine.

When a girl stares at you, she is wondering why you are lying.

When a girl lays on the chest, she is wishing for you to be hers forever.

When a girl call you everyday, she is seeking for your attention.

When a girl sms’s u everyday, she want you reply at least once.

When a girl says I love u, she means it.

When a girl says that she can’t live without you, she has make up her mind that you are the future.

She a girl says I miss you, no one in this world can miss you more than her…

Saturday, August 28, 2010

jelajah felda sahabat

dah lama tidak mencaritkan sesuatu di blog ini. tiba-tiba terasa rindu pula padanya.
26 ogos 2010 , baru-baru nie saya pergi ke felda sahabat lahad daatu sabah... pengalaman yang sangat seronok. kami seramai 9 orang 4 lelaki, 5 perempuan sama-sama menaiki sebuah van menuju kesana... lebih kurang dalam jam 12 tengahari kami bertolak. dan perjalanan mengambil masa selama 9 jam...

setibanya di lahad datu kami singgah di bandar lahad datu dan menjamu selera.. kami mengenakan ikan bakar. pelbagai jenis ikan yang kami dapat makan di sana. ternyata harganya jauh lebih murah berbanding di kota kinabalu.
seterusnya, kami berhenti di rumah Datuk Suhaili, Adun Lahad Datu. kami berbincang mengenai permasalahan alam sekitar yang melanda di felda Lahad Datu iaitu Arang Batu.. dimana permasalahan ini di bawa hingga ke peringkat atasan. Datuk Suhaili juga merupakan lembaga pengarah felda sahabat.
kami bertolak ke felda sahabat dan sampai lebih kurang jam 1 pagi..
esoknya, kami terus dengan urusan kami di pejabat felda wilayah sahabat.
 kami berjumpa dengan Tuan Hj Juany Salleh, Pengarah felda wilayah Sahabat. dan berbincang mengenai pelbagai isu... ternyata hubungan kami dengan Tuan Hj Salleh mudah mesra..
seterusnya kami meninjau sek men yang satu-satunya terdapat di felda sahabat. SMK Desa at untuk mengambil SMK Desaa Kencana sebagai sek. angkat.

kami bertolak pulang pada jam 3.15 petang dan sampai semula ke UMS pada jam 12.00 tengah malam
 Berjumpa dengan GPK 1 iaitu Pn. Maizatul. kami menyatakan hasr

Thursday, July 8, 2010

ADIKKU SAYANG.....

Wahai adikku sayang…


Telah kakak coretkan seungkap kata sebagai ganti diri.

Tiada apa yang mampu akan berikan untuk perhiasan kenangan

Namun ambillah ungkapan akak ini sebagai kenangan untuk adik jadikan kenang-kenangan semasa adik kesunyian agar adik bias jadikan ia sebagai pedoman hidup.



Adik,

Hidup ini terlalu berliku- liku jalannya.

Kadang-kadang ianya tak seperti apa yang kita harapkan..

Jadi tempuhilah ia dengan sabar agar adik perolehi kemanisan hidup pada hujung perjuangan ini.

Suka akan katakan juga bahawa hidup ini tak selalunya indah namun yang idah itu akan hidup dalam kenangan. Binalah benteng kenanganmu pada detik dan saat yang gembira kerana sebenarnya kita di beri peluang untuk kita mengecapi kegembiraan itu….



Adikku,

Ingatlah, walau apapun yang terjadi percayalah bahawa agama adalah pertama. Jangan kau lupa pada asal kejadian kita. Kerana dari DIA lah kita memperolehi kedamaian , kegembiraan dan akhirnya kejayaan itu. Walau harta kau setinggi gunung, ilmu kau seluas angkasa namun kau akan kosong jika agamamu kau letakkan di belakang. Ingatlah dikau bahawa itu semua hanyalah pinjaman dan jika kau bersama dengan agama kau pasti tabah andaian sudah tiba masanya kau kembalikan setiap pinjamanmu itu…



Adik sayang,

Bukan kakak terlalu bijak dalam berbicara, namun jadikanlah setiap ungkapan ini sebagai simbol baru untuk kita bersama dalam ukuwah ini. Akak menyayangi adik seperti kandung ibuku sendiri. Andai roboh kota ini maka gagallah kakak dalam membina empayar kekeluargaan.



Adik,

Untuk kesenangan bukan sukar untuk kau perolehi kerana zahirnya kakak percata adik boleh lakukan namun untuk kejayaan perlu ada pergorbanan. Kerana kejayaan bukan untuk kita dampingi di dunia sahaja namun akhirat juga kita dambakan.

MeNaNtImU... aKU MeRiNdUkAnMu

Saat pertama kali ku melihatmu


Jantungku mulai berdegup kencang

Sejak saat itu

Malam-malamku penuh mimpi tentangmu

Setiap kali bersamamu

Serasa ku terbang melayang

Anganku membawamu turut serta

Menghadapi ribuan bintang di langit

Aku jatuh cinta padamu

Jatuh cinta yang pertama

Aku jatuh cinta padamu

Dan kau pun begitu padaku

Ku mohon.. jangan lukai aku..

Ini yang pertama buatku

Ku ingin yang paling indah

Walau pun nanti berpisah

Kisah ini tak kan terlupakan..

Saturday, February 13, 2010

TaK MUnGkIn BeRpAlinG

Tidak mungkin ku berpaling lagi
salah sangka yang direncanakan
gelora melanda adalah dendammu
setelah diriku tak mampu menjadi milikmu

cukup sudah hati berdarah
usah ditambah cerita yang sudah
di mana kekasih yang pernah kau sanjungi
mengapa pula padaku menjadi pelepas ceritamu dan jua sepimu

usah menabur budi mengharapkan simpati
sedangkan kau meniti memburu iri hati
tak mungkin ku berpaling padamu yang meracuni rimbuan kasihku
sehingga berguguran kelopak cinta kita kerana fitnahmu
tak lagi mengerti hatimu
walau segunung seksamu tak mungkin ku kembali
cukuplah sekali... kejam

hati yang retak berderai kembali...
bukan mudah untuk ku sambung lagi
kerna seingat aku ini kali yang kedua dan mungkin untuk yeng terakhir
aku tak sanggup terus menanti dan akhirnya patah lagi..

aku yang bodoh, kerna di tipu

puas sudah ku tanam ubi,
nanas juga yang di cari orang;
puas sudah ku menabur budi,
rupa juga di cari orang.

kain sutera buat selendang,
kain baldu di atas bahu;
apakan daya masib ku malang
orang di rindu buat tak tahu.

kali ini aku akan lebih berhati-hati
tiada lagi hati untuk mereka
tiada lagi peluang untuknya
cukuplah seketika aku di seksa
dan tak mahu untuk selamanya
kerna aku sedar siapa diriku

Tuesday, January 12, 2010

MeNgApA mAsIh HaDiR kEsAyuAn iTu???

sesungguhnya telah aku meneliti setiap bait-bait puisi nukilan di hati... tapi sayangnya bahasa yang indah sukar untuk diuraikan biarpun selesa bila diungkapkan... mungkin tak semua yang sedar dan faham akan kata hati ini, kerana kadang kala pemiliknya sendiri masih mencari di sebalik keraguan ini... ianya tak semudah apa yang disangkakan. walaupun pada luaran nampak tersusun indah , namun jiwa meronta siapa yang tahu???



kau kata begitu, kerana kau sangkakan ianya mudah, namun tak kau tahu sekukuh mana yang memperjuangkannya pasti gelincir. kata- kata tak mampu membuktikan kebenaran, hakikat luaran tak mampu menafikan kepalsuan...




setiap kata yang aku ukirkan , bukan penciptaan sanubari yang dusta tapi dari hati ianya berkata...

kadang kala aku lemah dengannya. masih mencari tiang untuk mengukuhkan kedudukan itu, namun mahal harganya mahu dimiliki, jangan bermimpi walaupun hanya cuma menempah, menunggu untuk membawa pergi.



aku menempah burung di rimba. kusangkakan mudah seperti di sangkar. rupanya sukar daripada di awan...

aku mengharapkan makan di tangan, rupanya hinggap di hujung jari pun tak sudi...

aku mengimpi terbang beriring, rupanya hadir sekawan turut berlalu pergi...



siapa lagi yang mampu aku jadikan pemangkin yang dapat membantu aku dalam menghadapui rintangan di dunia Allah yang penuh berliku dengan ujian ini,... aku tak mampu gerak sendirian tanpa bantuan dan bimbingan darinya. aku takut kadang kala, takut seandainya gerakku terpesong kerana langkahku mula lemah dan longlai. mana bisa aku yang reput di tambah bebanan tanpa ada yang datang membaikinya..



kini gerakku mulai longgar...

aku mula mencari haluan sendiri.

mungkinkah aku terselamat di hentian ini, dan menunggu lihat apa lagi yang akan aku hadapi di hentian hadapan..

senadainya gerakku di iringi dengan yang berisi di dada, di minda dan di hati, pasti langkahku tidak tersasar lagi....

tapi masih adakah yang diimpi???



akhirnya aku mula tersedar, tak bisa aku mendapatkan burung di rimba seandainya aku hanyalah gagak liar di awan hitam........